(VIDEO) Kita berlawan seperti jantan, secara gentlemen, jaga adab dan sikap- Anifah
19:04 Apr 28, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kita berlawan seperti jantan, secara gentlemen, jaga adab dan sikap- Anifah

Hari ini Kimanis Tsunami Biru Tua. Pertembungan pula adalah antara rakan yang dulu bersama dalam parti. Anifah menyeru biar jadi Gentlemen

KIMANIS BIRU: DIKhabarkan sebenarnya 10 ribu orang yang menyokong BN ketika penamaan calon. 
Politik khidmat bakti BN di Kimanis jelas ditunjukkan ketika menyokong calon BN

 

KIMANIS: Datuk Seri Anifah Aman dalam facebooknya menulis pertandingan pilihanraya di Kimanis sebagai Gentlemen dan Anak Jantan.

"Ada yang bilang, kalau jadi gentlemen, kita tidak jantan. Sebenarnya, konsep 'gentlemen' berkait rapat dengan 'chivalry' iaitu suatu kod etika yang dipegang para kesatria di Eropah, (chevalier) dan Timur Tengah (furusiyyah). Maka, semakin 'gentlemen' seseorang itu - maka semakin 'jantan' lah beliau. Antara rukun chivalry yang dipegang adalah 'menghormati lawan', berbeza dengan 'toxic masculinity' yang mempersenda lawan.

Maka dengan itu buat lawan saya, ayuh kita berlawan seperti jantan, secara gentlemen. Kita jaga adab, jaga sikap. Ingat kata-kata William Horman yang menjadi popular dalam filem Kingsman, "manners maketh man". katanya.

Anifah Aman akan terus memajukan Kimanis selagi mana beliau dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu. 

1 Comment