(VIDEO) Belanja Perarakan Shafie RM300 Ribu Tapi Rakyat Semporna Terus Lawan Warisan
10:05 May 01, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Belanja Perarakan Shafie RM300 Ribu Tapi Rakyat Semporna Terus Lawan Warisan

Walaubagaimanapun rakyat Semporna terus berani bersuara untuk menolak Shafie Apdal. Dalam satu video yang tular dalam media sosial rakyat Semporna mempersoalkan Shafie sebagai ahli Parlimen.

SAKSIKAN VIDEO RAKYAT SEMPORNA KECAM SHAFIE APDAL AHLI PARLIMEN SEMPORNA

SEMPORNA: Menurut sumber rapat dengan Dato'Seri Shafie Apdal Presiden Warisan membelanjakan RM300 ribu ntuk upah meramaikan perarakan penamaan calon pada 28 April lalu. Katanya RM100 dibayar kepada setiap orang untuk sasaran 3000 orang yang dibayar hadir. Ia termasuk memanggil warga bajau palauh dari pulau-pulau. Shafie sanggup berbelanja besar dari dimalukan.

 

 

Walaubagaimanapun rakyat Semporna terus berani bersuara untuk menolak Shafie Apdal. Dalam satu video yang tular dalam media sosial rakyat Semporna mempersoalkan Shafie sebagai ahli Parlimen. 23 tahun sebagai Menteri kabinet apa kejayaan Shafie Apdal di Semporna. Semporna 20 tahun yang lalu masih Semporna seperti itu juga. Kata mereka dia sibuk mahu mengubah Sabah tetapi Semporna sendiri tidak berubah. 

 

Semakan Sabahkini2 mengenai peruntukan KKLW di Sabah menunjukkan jumlah perbelanjaan projek Rancangan Malaysia ke-9 dan ke 10 adalah berjumlah RM14.9 bilion. Dalam rekod KKLW peruntukan disalurkan kepada Majlis Daerah Semporna ialah RM393.2 juta. Dengan jumlah peruntukan sebanyak ini apa masalah rakyat yang berjaya diselesaikan oleh Shafie Apdal? Atau hanya diberi banyak kepada kroni?

 

Di Parlimen lain Ahli Parlimen tidak pernah dimaklumkan projek kawasan. Semua projek diberi peruntukan dilantik kontraktor kroni Shafie Apdal sahaja. Jadi tidak hairan permohonan beberapa ahli parlimen dibakul sampahkan oleh Shafie. Tidak hairan projek Parlimen seperti paip (BALB)jalan (JALB) dan elektrik (BELB) siap berjuta untuk kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. Yang kaya kontraktor dan adik-adiknya.

Hari ini Shafie datang ke semua daerah yang dia sendiri tidak pernah datang ketika Menteri KKLW dengan laungan "Sabah Ubah". Apakah rakyat akan percaya dengan laugan hipokrit itu? Mereka sebenarnya kaya raya tetapi rakyat yang sepatutnya mendapat peruntukan KKLW menderita. Jangan biarkan Shafie dan konco-konconya merompak wang rakyat lagi. 

 

2 Comments