Lagi Pemimpin Ahli Warisan serta PKR Sertai BN di Beluran!
15:05 May 01, 2018  |  By SabahKini2
Lagi Pemimpin  Ahli Warisan serta PKR Sertai BN di Beluran!

Apabila Warisan dan PKR keluar parti. “Akan ada lebih ramai yang menyusul untuk menyertai BN dan membantu BN dalam pilihanraya ini nanti,

BELURAN: Selepas Warisan dikejutkan oleh beberapa siri tindakan ahli-ahlinya yang nekad untuk meninggalkan parti itu sejak 3 hari yang lalu, hari ini giliran Cawangan Warisan di Beluran pula keluar parti dan menyertai Barisan Nasional.

Calon BN Labuk, Abd Rahman Kongkawang, Ketua PBS Bahagian Labuk, DSP Micheal Asang dan juga KK Kumit dengan bersenang hati telah menerima kemasukan beberapa pemimpin dan ahli parti Warisan di bahagian itu termasuklah Ketua Cawangan Warisan Kg Seri Menanti iaitu Encik Jamiang @ Jambingan Saraman bersama-sama 25 orang lagi ahli cawangannya yang lain.

Jamiang ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari Warisan bukanlah parti yang memperjuangkan rakyat, sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menegakkan agenda peribadi ketuanya semata-mata.

“Akan ada lebih ramai yang menyusul untuk menyertai BN dan membantu BN dalam pilihanraya ini nanti," katanya lagi.

Ahad lalu, seramai 1000 orang ahli Warisan mengambil tindakan serupa di Kimanis dan 754 orang di Batu Sapi pada hari berikutnya, di samping beberapa tempat lain dengan jumlah yang terlibat kurang daripada 100 orang ahli serta pemimpin Warisan yang bertindak keluar parti.

Sementara itu, di bahagian yang sama, dilaporkan seramai 31 orang ahli PKR cawangan Kg Rancangan Nangoh juga bertindak keluar parti dan menyertai BN.

Situasi-situasi sebegini pastinya bakal menjadikan temasya PRU14 tahun ini menjadi bertambah menarik buat jentera BN, dan menjadi mimpi ngeri buat kem pembangkang.

- Sabahkini2

4 Comments