Selepas pejabat PKR Tuaran tutup kini giliran ahli Warisan Tuaran keluar parti
06:05 May 02, 2018  |  By SabahKini2
Selepas pejabat PKR Tuaran tutup kini giliran ahli Warisan Tuaran keluar parti

Mood keluar Parti Warisan setiap hari di Sabah pasti bakal menjejaskan persepsi tentang keupayaan Parti Warisan memenangi pilihan raya ke 14 ini.

TUARAN : Selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan nasib yang agak malang pada Ahad apabila Ahli Jawatankuasa Bahagian itu yang juga merangkap ketua-ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) mereka memutuskan untuk keluar dari parti itu dan mengubah sokongan kepada Barisan Nasional kini giliran Parti Warisan Tuaran pula.

Diketuai Erwan Tiong, 96 ahli Warisan di Cawangan Timbiluk Baru, Mengkabong keluar parti menyertai Barisan Nasional malam tadi dalam majlis bersama Datuk Hj Hajiji Hj Noor Pengerusi Barisan Nasional Tuaran yang juga calon BN Sulaman. Kira-kira 600 orang hadir dalam majlis menerima kemasukan ahli Warisan itu.

Erwan Tiong ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi Shafie Apdal yang dulu dipecat dari UMNO. 

"tiada apa yang boleh dilakukan oleh Warisan di Tuaran, malah pemilihan calon juga carca marba. Ada ramai lagi yang bakal keluar". katanya.

Sementara itu Datuk Hajiji menyahut baik tindakan ahli-ahli Parti Warisan ini keluar parti. Barisan Nasional tiada halangan dan sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka dalam Barisan Nasional. 

Ahad lalu, seramai 1000 orang ahli Warisan mengambil tindakan serupa di Kimanis dan 754 orang di Batu Sapi pada hari berikutnya, di samping beberapa tempat lain dengan jumlah yang terlibat kurang daripada 100 orang ahli serta pemimpin Warisan yang bertindak keluar parti.

Mood keluar Parti Warisan setiap hari di Sabah pasti bakal menjejaskan persepsi tentang keupayaan Parti Warisan memenangi pilihan raya ke 14 ini.

 

5 Comments