Jenama 'Mahathir' Gagal, BN terus Berkuasa di Sabah- Penganalisis Politik
05:05 May 03, 2018  |  By SabahKini2
Jenama 'Mahathir' Gagal, BN terus Berkuasa di Sabah- Penganalisis Politik

Dr Mahathir menjadi beban pembangkang di Sabah untuk WARISAN. Ini menjelaskan mengapa WARISAN tidak benar-benar berminat mempromosikan jenama 'Mahathir' di Sabah. Sehingga kini Mahathir tidak berani datang Sabah

Dr Arnold Puyok penganalisis politik dan Pensyarah Kanan Pengajian Politik dan Kerajaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meramalkan BN akan terus berkuasa di Sabah.Beliau menjangkakan BN akan menang 45 kerusi DUN dan 21 kerusi Parlimen di Sabah, manakala PH dan WARISAN hanya dapat menguasai 15 kerusi DUN dan cuma empat kerusi Parlimen.

Walaupun Dr Mahathir Mohamad dianggap pencetus utama gelombang 'tsunami Melayu' untuk Pakatan Harapan tetapi reputasinya di Sabah untuk Shafie Apdal Presiden Parti Warisan Sabah menggunakannya sebagai modal menjatuhkan kerajaan tidak berhasil malah memberi kesan buruk kata penganalisis politik  dari Universiti Malaysia Sarawak itu.

"Dr Mahathir menjadi beban pembangkang di Sabah untuk WARISAN.  Ini menjelaskan mengapa WARISAN tidak benar-benar berminat mempromosikan jenama 'Mahathir' di Sabah.

Shafie Apdal telah mencuba memujuk rakyat Sabah dengan meminta rakyat Sabah memaafkan Mahathir atas kesilapan lalu termasuk Projek IC namun beliau dikecam hebat oleh rakyat Sabah. Kerosakan yang Dr Mahathir lakukan sejak 22 tahun lalu sangat berbekas di hati rakyat Sabah.

"Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri beliau memusatkan kekuasaan atas perbelanjaan negara. Dan apabila orang memintanya memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya pada masa lalu, dia tidak melakukannya," kata Puyok.

Timbalan presiden WARISAN, Darrell Leiking mengakui sukar menghapuskan pendapat tentang Mahathir, khususnya berkaitan 'Projek IC' di negeri itu. Darell Leiking sendiri melompat dari parti PKR ke Warisan Shafie Apdal.

Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah melibatkan Dr Mahathir menambahkan lagi kemarahan rakyat Sabah. Mahathir sendiri mengaku projek IC tersebut. Saksikan video pengakuan Mahathir mengenai Projek IC Sabah.

Dr Arnold Puyok juga berkata pengaruh Shafie hanya setakat di pantai timur Sabah, kawasan tumpuan kerja-kerja politik WARISAN sepanjang dua tahun lalu ini.

Puyok berkata pengaruh Shafie di kalangan pengundi Islam di Sabah tidak sekuat gandingan pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman dan timbalannya Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Mereka cuba menjual jenama Shafie (di luar pantai timur) tetapi sukar ... Saya rasa selama ini, beliau dilihat sebagai orang yang sangat pro-kerajaan persekutuan," katanya.

Shafie Apdal menjadi menteri kabinet lebih 20 tahun. Sepanjang tempoh itu tidak pula beliau pernah bersuara mengenai MA63, hak-hak Sabah, Sabah untuk orang Sabah yang ada ialah beliau membelanjakan RM14Bilion dalam KKLW

 

 

 

4 Comments