Usah percaya slogan 'UBAH' Parti Warisan
19:05 May 03, 2018  |  By SabahKini2
Usah percaya slogan 'UBAH' Parti Warisan

Beliau berkata propaganda yang ditaburkan itu hanya janji kosong pembangkang yang mustahil untuk ditunaikan, di samping cubaan bagi meracun fikiran dan mengaburi mata rakyat.

TUNGKU: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Mizma Appehdullah mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan slogan kata 'UBAH' dan dakyah yang dibawa parti pembangkang.

Beliau berkata propaganda yang ditaburkan itu hanya janji kosong pembangkang yang mustahil untuk ditunaikan, di samping cubaan bagi meracun fikiran dan mengaburi mata rakyat.

"Mereka (pembangkang) masih baharu. Kita tidak pernah lihat bagaimana mereka mentadbir seperti yang dilakukan tampuk kepimpinan BN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan wakil rakyat sebelum ini di Tungku dan Silam khasnya, yang meletakkan kepentingan rakyat di kawasan luar bandar sebagai keutamaan mereka.

"Justeru tidak mudah untuk sesebuah parti melakukan perubahan, malah kerajaan yang ada pada hari ini sudah terlalu baik. Ia (kerajaan hari ini) kerap 'menambah baik' kaedah menerajui negara dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis pelancaran program 3K dan MyDMBS prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu di sini, hari ini. Mizma Appehdullah dalam rangka kempennya terus melawat rakyat termasuk di Pulau Tambisan.

 

1 Comment