Saya fikir pembangkang ini sengaja, dan apakah mereka tuli?- Nilwan
17:05 May 03, 2018  |  By SabahKini2
Saya fikir pembangkang ini sengaja, dan apakah mereka tuli?- Nilwan

Ingat pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo ini silap mata. Hari ini mahu, hari ini siap. Saya fikir pembangkang ini sengaja, dan apakah mereka tuli.

KUNAK: Naib Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Nilwan Kabang  menyifatkan calon Parti Warisan Sabah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, kehabisan modal politik sehingga membangkitkan isu jalan di Kunak dalam ceramah kempen.

Calon Warisan berkenaan, Norazlinah Arif akan mencabar Nilwan yang akan mempertahankan kerusi DUN Kunak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), selain berdepan Kasman Karate (PAS) dan Sahing Taking (Parti Harapan Rakyat Sabah).

Nilwan berkata perkara itu bukan menjadi isu berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini dalam tempoh melaksanakan Lebuh Raya Pan Borneo dan impak positif jalan itu akan turut dirasai penduduk Kunak.

"Ingat pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo ini silap mata. Hari ini mahu, hari ini siap. Saya fikir pembangkang ini sengaja, dan apakah mereka tuli...kerana kerajaan BN telah melabur berbilion ringgit untuk projek lebuh raya ini.

"Malah pada hari ini, Pan Borneo sudah sampai ke Balung, Tawau dan yang lain dalam fasa pembinaan sebab itu beri dulu dalam lima tahun akan datang (undi BN) mungkin dalam tempoh itu pelaksanaan sudah melimpasi (melalui) Kunak dan kita akan minta pula dua lorong jalan sehingga ke Kampung Pangkalan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Sri Kunak di sini, hari ini.

Norazlinah dalam satu ceramah kempennya hari ini, berkata penduduk Kunak tidak meminta pembangunan seperti KLCC, dan cukup hanya kemudahan  asas seperti jalan, air dan elektrik.

"Kalau jalan di depan air terjun Madai itu tidak boleh diperbaiki setelah sekian lama, sekarang ingin meminta lima tahun lagi? berehat-rehatlah," kata Norazlinah yang turut mengaitkan isu jalan kecil dan sempit di laluan jalan ke Kampung Pangkalan.

Sementara itu, Nilwan berkata peruntukan untuk menambah baik perpustakaan daerah serta pembinaan mini kompleks sukan sudah disediakan.

"Tapak pembinaan mini kompleks ini adalah di Simpang Empat manakala 50 ekar tanah turut diperuntukkan untuk projek perpustakaan serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah," katanya.

Kunak antara kawasan DUN yang terletak di bawah Parlimen Silam. Dua lagi kawasan adalah DUN Tungku dan DUN Lahad Datu.

Semakan Sabahkini2 peruntukan KKLW di zaman Shafie Apdal berkuasa sebagai Menteri KKLW menunjukkan Majlis Daerah Lahad datu menerima peruntukan RM160 juta dalam RMK9 dan RMK10. Bagi Kunak pula RM 58.8 juta. Ia projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar(BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ,PPRT,PBR dan lain-lain lagi. Jika Shafie Apdal benar-benar mahu memajukan Lahad Datu dahulu atau Sabah pastinya sudah berjaya diselesaikan. Apa berlaku?

Projek beri kepada kroni sama ada siap atau tidak belakang cerita. Sekarang Shafie dan Warisan datang ke kampung-kampung bawa cerita'Sabah Ubah', pembangunan dan lain-lain. Dulu masa ada kuasa, Shafie buat apa? antara komen-komen yang dikutip dalam media sosial.

Comment