Ketua PBS Bahagian Sekong yang sudah lama berpaling tadah dipecat
10:05 May 05, 2018  |  By SabahKini2
Ketua PBS Bahagian Sekong yang sudah lama berpaling tadah dipecat

Kami telah memantau pergerakan beliau sejak dua bulan yang lalu dan kami sedar bahawa beliau telah menari tarian parti pembangkang.

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak memecat Ketua PBS Bahagian Sekong, Bonni Narsiso pada hari Khamis, selepas didapati berkempen bagi pihak seorang calon pembangkang di Sandakan.

Keputusan yang berkuatkuasa serta merta itu, adalah selaras dengan Perlembagaan PBS di bawah Perkara 31 (ii), yang mana Presiden Parti berhak untuk memecat dengan serta-merta mana-mana ahli yang mengabaikan tanggungjawab dan juga bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun berkata, tindakan serupa juga akan diambil terhadap beberapa orang lagi ahli yang lain sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan yang sama.

"Kami telah memantau pergerakan beliau sejak dua bulan yang lalu dan kami sedar bahawa beliau telah menari tarian parti pembangkang.

"Beliau bukanlah seorang pemimpin parti yang berkualiti dan bukan model yang baik untuk orang lain contohi," kata Mositun.

- Sabahkini2

1 Comment