Jika Tun M Jadi PM, Habislah Rakyat Sabah
10:05 May 05, 2018  |  By SabahKini2
Jika Tun M Jadi PM, Habislah Rakyat Sabah

Habislah orang Sabah kalau Tun M jadi PM lagi. Pasal dialah kita nampak pendatang asing tanpa izin banyak di Sabah.

NABAWAN - Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah adalah jasa Tun Mahathir yang rakyat Sabah tidak dapat lupa sampai bila-bila.

Bekas Ketua Pembangkang Daerah Nabawan, Labi Buntong berkata, “Habislah orang Sabah kalau Tun M jadi PM lagi. Pasal dialah kita nampak pendatang asing tanpa izin banyak di Sabah.

“Walaupun kita tinggal di kawasan pedalaman Sabah, kita juga terkesan dengan kehadiran PATI ini.

“Jadi apa yang kita takut kalau pembangkang menang pilihan raya kali ini Tun M akan dilantik jadi PM macam mereka maklum baru-baru ini.” katanya ketika hadir di majlis Suang Kalawon yang diadakan di rumah panjang Kampung Sungoi Matai, Nabawan kelmarin petang.

Ucapan Labi turut dikukuhkan lagi dengan kenyataan bekas penyokong tegar pembangkang dan individu yang sentiasa menentang segala usaha Datuk Bobbey pada pilihan raya umum ke-13, Juanis Ibut

Katanya, “Pada Pilihan Raya Ke13, kamilah penentang utama calon BN terutamanya Datuk Bobbey. Apa saja usahanya kami tentang habis-habisan.

“Tapi selepas pilihan raya, dialah (BN) banyak membantu kami, tunaikan apa yang kami mahu tanpa melihat kami ini siapa yang dulu pernah menentang beliau.

“Berbeza dengan pembangkang hanya tahu berjanji dan apa usaha kami selama ini tidak pula dihargai.

“Oleh itu, kami ikrar pada pilihan raya kali ni kami berjuang bersama-sama calon Barisan Nasional P.182 Pensiangan dan N.38 Nabawan”. katanya.

Majlis Menyokong Pemimpin (Suang Kalawon)ini turut menyaksikan sebanyak lapan (8) buah kampung kembali memberi sokongan dan sekali gus menyertai Barisan Nasional antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kagasa, Kampung Solog, Kampung Panginatan, Kampung Kahimpango, Kampung Tampusison, Kampung Tataluan, Kampung Langkukuk dan Sungoi Matoi.

Ikrar berjuang bersama pemimpin BN turut lafazkan di hadapan calon BN N.38 Nabawan, Datuk Bobbey Ahfang Suan sebagai tanda menghargai pemimpin untuk terus membela nasib mereka di masa hadapan.

Turut hadir Datuk Senator Abdul Ghani Mohd Yassin, Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Datuk Ellron Angin, Calon BN N.37 Sook, Datuk Hasnol Datuk Ayub, Ketua Bahagian UMNO Penampang, Paul Yambak, Ketua Bahagian PBRS dan Alex Daruk Adib, Ketua Bahagian PBS.

2 Comments