Selesaikan masalah pengangguran keutamaan saya - Anifah
15:05 May 06, 2018  |  By SabahKini2
Selesaikan masalah pengangguran keutamaan saya - Anifah

ANIFAH dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat di Tapak Tamu Membakut

Menerusi Program Jaminan Orang Muda setiap belia yang mendaftar dengan karnival kerjaya BN mempunyai jaminan untuk ditawarkan kerja dalam masa enam bulan.

KIMANIS: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman akan memastikan masalah pengangguran di kawasan itu dapat diselesaikan dengan menggariskan beberapa inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Antara inisiatif berkenaan adalah penekanan dalam bidang pendidikan dengan memberi fokus kepada kolej komuniti selain akan mendirikan lebih banyak industri-industri kecil di kawasan ini.

Anifah berkata, melalui inisiatif ini lebih banyak peluang pekerjaan yang akan dapat ditawarkan kepada penduduk Kimanis yang seterusnya akan menyelesaikan masalah pengangguran di kawasan itu.

Tambahnya, menerusi Program Jaminan Orang Muda setiap belia yang mendaftar dengan karnival kerjaya BN mempunyai jaminan untuk ditawarkan kerja dalam masa enam bulan.

"Para belia di kawasan ini mendapat banyak manfaat dengan penubuhan kolej komuniti ini, kerana ia menjadi platform kepada anak-anak kita untuk menuntut ilmu kemahiran.

"Selain memberi fokus kepada bidang pendidikan kita juga akan menubuhkan lebih banyak industri kecil di kawasan ini agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kimanis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat , di Tapak Tamu Membakut, hari ini.

Anifah yang menjadi ahli parlimen Kimanis sejak tahun 2008 bertembung dalam tiga penjuru iaitu Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Jaafar Ismail dari parti Harapan Rakyat bagi merebut kerusi berkenaan dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Karim yang dilihat bangkit semula dan bergiat aktif dalam politik juga senada dengan Anifah, yang mana beliau turut meletakkan isu peluang pekerjaan sebagai agenda utama dalam perjuan

2 Comments