Lebih 3,000 ribu ahli Warisan Keluar Parti- Petanda Warisan Bakal Kecundang
15:05 May 08, 2018  |  By SabahKini2
Lebih 3,000 ribu ahli Warisan Keluar Parti- Petanda Warisan Bakal Kecundang

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah akhirnya kecundang sebelum sempat berperang, akibat tindakan lebih 3000 ahlinya dari 60 cawangan di Batu Sapi nekad bertindak meninggalkan parti tersebut, pada Isnin

Tindakan mereka itu sebenarnya terdorong oleh rasa tidak puas hati apabila pucuk pimpinan Warisan tidak menamakan calon pilihan mereka untuk bertanding membawa cabaran parti bagi kerusi DUN Sekong.

Justeru, kumpulan lebih 3000 orang bekas ahli Warisan itu mengisytiharkan sokongan penuh mereka kepada calon Bebas, Datu Faisal Datu Bachtiyal.

"Pucuk pimpinan Warisan tidak memilih calon yang sememangnya kami perjuangkan selama ini. Malah calon yang dipilih itu pula langsung tidak menghargai kami dan tidak mempunyai semangat untuk benar-benar membantu rakyat," kata salah seorang Ketua cawangan yang terbabit.

Menurutnya lagi, disebabkan kecewa atas keputusan parti yang tidak berkompromi itu, maka mereka nekad menyokong calon Bebas, Datu Faisal. Lagipun, Datu Faisal juga datang dari suku yang sama dengan mereka iaitu Suku Bajau-Suluk.

Datu Faisal Datu Bachtiyal, 43, merupakan seorang usahawan yang berjaya di kawasan Sekong. Baru mula berjinak-jinak dengan dunia politik, dan akan bertanding sebagai calon Bebas DUN Sekong dan menggunakan simbol kapal terbang.

Datu Faisal akan menentang lima lagi calon lain yang masing-masing mewakili parti masing-masing untuk merebut kerusi tersebut. Datu Faisal adalah satu-satunya calon Bebas yang bertanding di situ untuk PRU kali ini.

Selain beliau, pertandingan 6 penjuru itu akan menemukan calon-calon antaranya ialah Sahar Abdul Majid (PAS), Arifin Asgali (Warisan), penyandang kerusi Sekong Datuk Samsudin Yahya (BN), Abd Rashid Abd Rahman (STAR), dan juga Alias Rahmad Benjamin (PKS).

- Sabahkini2

Comment