Pilih Karim yang kayakan diri 5 penggal terlibat rasuah atau Anifah yang majukan Kimanis?
15:05 May 08, 2018  |  By SabahKini2
Pilih Karim yang kayakan diri 5 penggal terlibat rasuah atau Anifah yang majukan Kimanis?

Selama tempoh Karim Bujang sebagai wakil rakyat apa dia lakukan? yang pasti dia hanya kayakan diri sendiri sehingga memiliki banglo RM8 juta di Putatan. Punya resort pelancongan ketika sebagai Pembantu Menteri Pelancongan

KIMANIS-Hakikat dendam Datuk Karim Bujang terhadap Anifah Aman tidak pernah pudar sejak digugurkan sebagai calon pada 2013. Walau bagaimanapun beliau tetap diberi jawatan sebagai Pengerusi Sabah Port sejak itu hinggalah kini membuat keputusan menentang Datuk Seri Anifah Aman.

Karim ialah ketua Umno Kimanis sebelum Anifah dan juga adun Bongawan di bawah Parlimen Kimanis. Beliau menyandang kerusi itu selama 5 penggal sejak 1990, tetapi beliau digugurkan pada pilihan raya umum 2013.

Rakyat Kimanis boleh melihat pencapaian Datuk Seri Anifah Aman 3 penggal berbanding Datuk Karim Bujang selama 5 penggal itu.

Bagi Karim Bujang alasannya ialah orang di Bongawan perlukan dirinya.

“Secara jujur, saya tidak berniat menjadi calon. Tetapi, ramai orang terutamanya di Bongawan, mereka yang pernah membantu saya menang di situ, meminta saya kembali aktif. Bagaimana saya boleh menolak permintaan mereka yang memerlukan saya?” soalnya.

Bagi Karim beliau menuduh orang dalam BN Sabah yang merancang penyingkirannya daripada parti itu sejak 2004, apabila beliau hampir kehilangan kerusinya dalam pertandingan satu lawan satu dengan seorang calon bebas. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 805 undi.

Kerusi Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon BN, Anifah dan Karim sebagai calon Warisan serta Jaafar Ismail yang mewakili Parti Harapan Rakyat Sabah. Jaafar Ismail bekas Pegawai Daerah sudah tentu tidak boleh dipandang mudah dan mampu memecahkan undi di Parlimen Kimanis.

 Karim terlibat Kes Rasuah dan Banglo Mewah Putatan

Pada tahun 2005 Karim Bujang menjadi bualan dan kontroversi apabila dikaitkan dengan Kes Rasuah serta kekayaan melampau. Ketika sebagai Pembantu Menteri Pelancongan Sabah, Karim sudah mampu membina rumah bernilai RM8 juta selain memiliki Resort di Binsuluk. Beliau disiasat oleh BPR (kini SPRM) ketika itu yang memungkin sebab salah satu namanya digugurkan sebagai calon Pilihanraya.

Malaysia Today pada tahun 2005 mendakwa Karim Bujang memiliki rumah mewah dan terlibat dengan kes rasuah. Laporan tersebut juga mendakwa Karim memiliki rumah bernilai RM8 juta.

Semakan Sabahkini2 dengan sumber SPRM kes Karim Bujang masih berjalan kerana beliau didapati memiliki kekayaan secara meragukan berbanding pendapatan.

Hakikatnya Karim sudah lama diintai oleh Shafie Apdal selain punya wang yang banyak serta kaya raya memudahkan Shafie tidak mengeluarkan wang sesen pun untuk kempen Karim.Shafie menggunakan dendam Karim untuk melawan Anifah dan Karim Bujang.

Rakyat Kimanis tidak perlu terpedaya. Anda melihat sendiri bagaimana Kimanis sekarang dan Kimanis dahulu. Banyak projek pembangunan termasuk sektor industri dan gas yang kini menjana ekonomi setempat di Kimanis.

5 Penggal kerja Karim ialah kayakan diri sendiri. Pembangunan jauh sekali.

 

 

 

 

 

 

2 Comments