Musa tak letak jawatan, masih Ketua Menteri
22:05 May 13, 2018  |  By SabahKini2
Musa tak letak jawatan, masih Ketua Menteri

Tiada apa-apa perubahan. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletak jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah,

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Afeiza Khan menerusi kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

"Tiada apa-apa perubahan. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletak jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah," katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah malam tadi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini meminta Musa meletak jawatan Ketua Menteri kerana sudah hilang kepercayaan daripada sebahagian besar ADUN.

Bagaimanapun Musa berkata semua pihak perlu mempertahan dan menghormati Perlembagaan negeri dan amalan demokrasi serta mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Jika benarkan beli orang, ia akan hancurkan mandat rakyat, tidak boleh main-main dengan kepercayaan rakyat. Kita tidak boleh biarkan apa yang berlaku pada tahun 1985 dan 1994 (kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah) berulang, ia tidak demokrasi," katanya.

Mengenai kenyataan Mohd Shafie berkaitan majoriti 35 kerusi dimiliki WARISAN bersama DAP dan PKR, Jeffrey berkata, perkara itu berlaku selepas proses angkat sumpah Ketua Menteri dan jemaah menteri pada Khamis lalu.

"Ketika angkat sumpah itu Shafie tiada majoriti, kami ada... kita perlu hentikan jenaka ini demi kestabilan negeri dan mandat rakyat, demokrasi dan keadilan. Kita perlu ke hadapan. Kita boleh kerjasama," katanya.

 

 

Musa yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak 2004, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, malam Khamis lalu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 dari 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, enam ADUN BN kemudian menyertai pakatan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH) sekali gus memiliki 35 kerusi dan meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

4 Comments