Istana serah surat kepada Setiausaha Musa di Restoran BTC
16:05 May 14, 2018  |  By SabahKini2
Istana serah surat kepada Setiausaha Musa di Restoran BTC

Difahamkan, surat itu diserahkan di restoran berkenaan kerana kebetulan Effendi sedang minum di premis terbabit

KOTA KINABALU: Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abinan Asli sebentar tadi menyerahkan surat pemberitahuan daripada Tun Juhar Mahiruddin bahawa Tan Sri Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri.

Surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Musa, Effendy Sunoh di Restoran BTC Inanam, di sini, jam 11.34 pagi.

Terdahulu, Abinan dan beberapa pegawai istana diiringi anggota polis tiba di luar rumah Musa di Luyang di sini, untuk menyampaikan surat berkenaan namun tidak dapat memasuki kediaman itu.

Difahamkan, surat itu diserahkan di restoran berkenaan kerana kebetulan Effendi sedang minum di premis terbabit.

Sementara itu, Musa di Kuala Lumpur kerana bermesyuarat 

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan malam kelmarin, memulakan lawatan di bangunan pentadbiran itu pada jam 10.45 pagi dengan tidak berpakaian formal tetapi berbaju berlogokan Warisan.

5 Comments