KM 'haram' Sabah ugut Jeffrey TKM1: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan
02:05 May 15, 2018  |  By SabahKini2
KM 'haram' Sabah ugut Jeffrey TKM1: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan

Politik Sabah terus caca marba. Kini Shafie Apdal mengugut pula

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah kedua Datuk Seri Shafie Apdal hari ini memberi amaran beberapa individu dilarang menjejakkan kaki ke mana-mana pejabat kementerian negeri, kecuali dibenarkan kerajaan negeri.

Katanya, beliau sudah memaklumkan setiausaha negeri, individu seperti Datuk Jeffrey Kitingan tidak dibenarkan ke pejabat kementerian.

“Jika mereka berkeras, saya akan ambil tindakan yang perlu,” katanya di pejabat ketua menteri hari ini.

Jeffrey yang dilantik sebagai timbalan ketua menteri serta menteri pertanian dan industri makanan di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, hari ini tiba di pejabatnya untuk melapor diri.

Beliau kemudiannya mengadakan mesyuarat dengan setiausaha tetap kementerian itu, Ahmad Ag Hashim dan semua kakitangan kementerian itu.

Jeffrey dilantik pada malam Khamis lalu oleh Musa yang mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada malam sama.

Bagaimanapun, Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah, mengangkat sumpah Sabtu lalu selepas mendapat 35 kerusi negeri, lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, selepas 6 adun BN menyertai gabungan Warisan-Pakatan Harapan (PH).

Awal hari ini, pegawai Istana Negeri menghantar notis kepada Musa memaklumkan beliau bukan lagi ketua menteri.

Para penganalisis politik berpendapat TYT melangkaui tugas dan kuasa sebagai TYT sehingga membenarkan dua ketua parti diangkat sebagai Ketua Menteri. TYT tidak mempunyai kuasa melucutkan jawatan Ketua Menteri melainkan dibawa kepada undi tidak percaya di DUN. 

Krisis perlembagaan Sabah ini bakal mengheret penyelesaia di mahkamah dalam tempoh terdekat.

3 Comments