Anwar kini bebas
12:05 May 16, 2018  |  By SabahKini2
Anwar kini bebas

Apa seterusnya? pasti banyak perkembangan baru akan berlaku

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan, selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari atas sabitan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya pada Februari 2015.

Anwar berpakain sut hitam dan bertali leher merah disambut ramai penyokongnya dan wartawan yang berkampung di luar Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana beliau menjalani rawatan.

Ketua umum PKR itu kini ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadap Sultan Muhammad V.

1 Comment