Palsu: Tiada TPM Sabah Sarawak dijanjikan, Shafie pula sapu jawatan Menteri Kewangan Sabah
07:05 May 20, 2018  |  By SabahKini2
Palsu: Tiada TPM Sabah Sarawak dijanjikan, Shafie pula sapu jawatan Menteri Kewangan Sabah

Semua janji Kerajaan Pakatan Harapan telah dicapati. Belum berkuasa janji macam-macam.Bila dah dapat pelbagai alasan

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal dikecam oleh sekutu sendiri dalam Pakatan Harapan, iaitu mereka dari PKR dan DAP yang tidak senang beliau memegang jawatan ketua menteri dan menteri kewangan negeri.

Sebelum ini Wakil rakyat Parti Bersatu Sabah berkata Datuk Seri Shafie Apdal cuba menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mewajarkan langkahnya mengambil alih portfolio menteri kewangan negeri.

Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata Shafie sengaja memberikan alasan lemah dengan mengatakan beliau perlu “membetulkan kecelaruan”. Apa maksud kecelaruan sedangkan dia yang menjadi menjadi Menteri Kewangan. Dia tidak duduk disitu pun menteri lain akan ikut arahan beliau sebagai Ketua Menteri berkuasa. Kata Bangkuai.

22 September 2017, Portal The Malaysian Insight melaporkan Dr Wan Azizah Presiden PKR yang kini Timbalan Perdana Menteri melancarkan manifesto PH di Sabah. Pakatan Harapan berjanji untuk memberi jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan persekutuan kepada Sabah dan Sarawak serta bahagian pendapatan yang lebih besar sekiranya pakatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14. 

Di bawah enam manifestonya, PH akan mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri untuk mewakili kedua-dua negeri itu.

Ketika berjanji- Gajah pun boleh terbang. Dapat kuasa, semua hilang


Manifesto itu turut menjanjikan had penggal jawatan ketua menteri Sabah kepada dua penggal dan ketua menteri tidak boleh memegang apa-apa jawatan menteri kanan lain dalam masa yang sama.

Namun apa terjadi? Bukan sahaja jawatan TPM malah jawatan Menteri di Persekutuan yang diumumkan baru-baru ini Sabah dan Sarawak belum mendapat apa-apa. Jika adapun nampaknya Sabah dan Sarawak akan mendapat portfolio tidak penting bukan bertaraf menteri kanan berbanding sebelum ini BN memberi sehingga 6 Menteri penuh dan 4 timbalan.

Shafie pada Rabu berkata sebagai menteri kewangan, beliau tidak akan terlibat secara langsung dalam meluluskan projek. Satu badan berpusat baru akan ditubuhkan bagi memeriksa dan meluluskan semua kontrak dan dasar.

Bolehkah anda percaya Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa dalam Akta Kontrak 1949 tidak campur tangan urusan kewangan, tender atau projek? Satu badan berpusat baru atau pegawai yang diberi kuasa oleh ketua Menteri atau Menteri Kewangan tetap tertakluk kepada arahan  Pemberian Kuasa Di Bawah Seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120) Bagi Menandatangani Kontrak Kerajaan. Siapa yang arah? Orang yang sama Ketua Menteri dan Menteri Kewangan!

Ia sangat lawak kata satu sumber yang arif dengan peraturan kewangan kerajaan.

Akhbar juga memetik beberapa sumber yang rapat dengan Shafie mengatakan Shafie tidak akan memegang portfolio itu melebihi tempoh yang sewajarnya. 

Tidak dinyatakan tempoh itu sama ada beberapa bulan, tahun atau mungkin satu penggal pemerintahan Warisan dan Pakatan Harapan.

Sebelum ini di Putrajaya beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa terkejut apabila pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran yang baharu telah melanggar manifesto mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 bahawa seorang PM tidak boleh mempunyai jawatan lain.

Lim Kit Siang sendiri merasa terkejut dan tidak terkata. Tun Dr Mahathir akhirnya melepaskan portfolio Menteri Pendidikan itu bagi menghormati Manifesto PH.

Namun Shafie Apdal terus memberi alasan tidak munasabah untuk kekal jawatan Menteri Kewangan kerana tahu port folio itu akan memberikan kekuatan untuk akses projek Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Shafie Apdal, Peter Anthony, adik-adiknya dan beberapa lagi pemimpin Warisan direman SPRM sebelum ini kerana terlibat dengan salah laku rasuah. Kertas pendakwaan mereka juga telah dihantar SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara Tan Sri Apandi telah diarah bercuti.

Menjadi persoalan apakah Ketua Pesuruhjaya SPRM baru Datuk Seri Shukri Abdull akan meneruskan kes Shafie dan Peter Anthony? Rakyat Sabah dan Malaysia sedang memerhati.

 

18 Comments