Keseluruhan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia bagi Tahun 2018 Ditarik Semula
00:05 May 23, 2018  |  By SabahKini2
Keseluruhan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia bagi Tahun 2018 Ditarik Semula

Pelaburan Langsung Asing ke pasaran saham tempatan berjumlah USD937.8 juta telah dihapuskan atas kebimbangan berterusan terhadap kerajaan Tun Dr Mahathir

Dikala rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional buat kali yang pertama sejak merdeka, pelabur-pelabur asing pula mempunyai pendapat yang berbeza. Malah atas keraguan terhadap kerajaan baru pilihan Malaysia itu, para pelabur memilih untuk menarik semula pelaburan mereka dari negara itu.

Pelaburan Langsung Asing ke pasaran saham tempatan berjumlah USD937.8 juta telah dihapuskan atas kebimbangan berterusan tentang bagaimana kerajaan gabungan parti baru di bawah Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun akan cuba menyinambungkan pertumbuhan ekonomi.

Sehingga 21 Mei, aliran keluar saham asing dilaporkan berjumlah USD21.2 juta, selepas pelabur asing menjual sejumlah USD949 juta nilai saham mereka untuk 11 hari berturut-turut. Negara itu telah mencatatkan aliran masuk sebanyak USD2.4 bilion pada 2017. Penanda aras Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI juga turun 0.5 peratus pada Selasa.

Walaupun pasaran kekal tenang selepas mencatat kenaikan 0.4 peratus minggu lalu selepas keputusan pilihan raya diperoleh, pelabur asing nampaknya tidak begitu yakin terhadap situasi semasa negara tersebut.

"Sebenarnya saya tak terkejut langsung. Pelabur tempatan lebih teruja berbanding pelabur dari luar," kata Sat Duhra, pengurus dana kepada Janus Henderson Investors di Singapura, melalui e-mel. "Saya lihat tiada sebab untuk kita teruja dengan watak-watak lama dalam politik ini, yang berisiko dengan ketidakpedulian fiskal. Ia bukanlah satu keadaan yang wajar ditafsir sebagai terbitnya fajar buat Malaysia. "

Sokongan Domestik

Dana tempatan dan pelabur-pelabur runcit telah melambakkan wang ke dalam pasaran saham dengan membeli ekuiti bernilai 2.5 bilion ringgit apabila pelabur asing menarik keluar pelaburan mereka. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI didagangkan pada 16.1 kali ganda daripada hasilnya untuk 12 bulan ke hadapan, berbanding dengan purata lima tahun kebelakangan ini iaitu sebanyak 15.8 kali.

Bagi pelabur Asia Pasifik seperti Duhra, beliau berkata pilihan raya di Indonesia dan India jauh lebih menarik dengan peristiwa-peristiwa memecahkan rekod seperti Jokowi yang menjadi pemimpin pertama yang tidak berlatar belakangkan ketenteraan di Indonesia dan Perdana Menteri India Narendra Modi merupakan pemimpin pertama yang bukan datangnya daripada keluarga Nehru ataupun Gandhi yang mendominasi sejak bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, Duhra mengambil pendekatan 'tactical overweight' terhadap bank-bank di Malaysia, memandangkan harga minyak yang melonjak telah memberi manfaat kepada satu-satunya pengeksport minyak bersih di rantau ini. Ringgit yang semakin pulih juga sekaligus telah meningkatkan margin serta prospek pinjaman tak berbayar bank-bank Malaysia.

Janji Pilihan Raya

Dalam minggu pertama Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau telah bergerak pantas untuk memenuhi janji-janji kempen selepas kemenangan dalam pilihan raya minggu lalu. Beliau dengan gopoh memansuhkan GST tanpa mengumumkan sebarang langkah khusus bagi menggantikan kehilangan hasil kerajaan. Perkara ini disambut secara berhati-hati oleh syarikat-syarikat penarafan kredit. Moody's Investors Service telah melabelkan langkah tersebut sebagai 'credit negative'.

"Malaysia bukannya semakin hampir kepada transformasi pilihanraya," kata Duhra. "Sekiranya mereka telanjangkan pun 1MDB, yang mana benar-benar telah menarik perhatian ramai, tak banyak yang akan mereka temui kerana sudah tiada yang masih tersembunyi."

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berada di tengah-tengah tumpuan siasatan dana 1MDB akan pastinya akan dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Bloomberg

1 Comment