Banyak Agensi Islam Ditutup, Orang Melayu Kena Buang?
00:05 May 26, 2018  |  By SabahKini2
Banyak Agensi Islam Ditutup, Orang Melayu Kena Buang?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

Rabu lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu mengumumkan beberapa agensi dibubarkan iaitu SPAD, Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Dikatakan rabu depan akan banyak lagi jabatan atau agensi sama ada digabung atau dibubarkan.

Dalam satu surat pembaca yang di portal Malaysiakini mengenai gerak kerja Kerajaan PH disusun DAP, sudah dinyatakan ura-ura kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menutup lebih banyak agensi di bawah kementerian tertentu dengan alasan untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Ada cadangan melalui surat itu untuk menutup atau menggabungkan sesebuah kementerian dan agensi serta ada juga agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi lain yang akan ditubuhkan kemudian. Agensi yang besar seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mungkin akan ditutup.

Penulis surat itu, Gerard Lourdesamy mencadangkan agar agensi berkaitan agama Islam di bawah kerajaan ditutup dan dipindahkan di bawah kementerian berbeza kononnya untuk memudahkan pengurusan kementerian berkenaan dilaksanakan. Dengan Kementerian Kewangan kini diketuai oleh pemimpin dari DAP, kemungkinan ia strategi licik untuk memansuhkan perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurutnya, selepas 13 kementerian sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kini ada baki 11 kementerian yang wujud di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) masih tidak diumumkan pelantikan Menterinya. Baki kementerian itulah yang dicadangkan untuk diubahsuai pentadbirannya.

Dia mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

Ia tidak akan lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti dahulu yang mana Perdana Menteri berkuasa dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam ketika zaman pentadbiran BN. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga dicadangkan untuk diletakkan di bawah IAD.

Jabatan-jabatan besar yang menguruskan hal ehwal orang Islam akan diletakkan di bawah satu unit atau bahagian yang lebih kecil serta akan dikawal dengan lebih ketat lagi oleh IAD dan bukan lagi di bawah JPM. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan diletakkan di bawah IAD.

Dalam surat itu, dia mencadangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun akan diletakkan di bawah IAD. Bayangkan dek kerana mahu perubahan dengan undi PH, kini umat Islam menanggung akibatnya dan kesannya. Jika ia dilaksanakan, habis jabatan dan agensi milik umat Islam akan dihapuskan atau kuasa mereka akan menjadi lebih terhad.

Seperti yang dimaklumkan tadi, TH yang menjadi tempat simpanan pendeposit yang hendak pergi menunaikan haji yang berjumlah berbilion akan dipindahkan ke bawah IAD. Entah ada entah tidak Tabung Haji selepas ini. Bagaimana jemaah haji dari Malaysia hendak pergi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.

Peruntukan khas Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri juga akan dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini cadangan yang melampau kerana mahu bertindak tanpa rujuk terlebih dahulu pada Raja Raja Melayu.

FELDA juga yang banyak membantu orang Melayu akan dipindahkan kuasanya di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu Azmin Ali. Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) tempat orang Melayu buat wasiat juga akan dipindahkan. Ini adalah satu bencana besar untuk orang Melayu dan Islam jika ia benar benar berlaku.

Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai tidak percaya. Kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang pada bulan Ramadhan ini, institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH.

Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja.

17,000 kena buang, 3,600 guru agama kena buang dan semua ketua ketua kampung di seluruh negara turut kena buang.

Selepas ini Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula menunggu masa. Entah entah kami pun tidak dapat elaun lagi kerana kerajaan PH hendak berjimat. Ikut sangat cakap DAP sampai habis orang Melayu kena buang.

-Surat Pembaca

 

3 Comments