Hasil hutan hanya 4 peratus setiap tahun namun Shafie akan kaji konsesi beri pada kroni lain?
20:05 May 29, 2018  |  By SabahKini2
Hasil hutan hanya 4 peratus setiap tahun namun Shafie akan kaji konsesi beri pada kroni lain?

Belum pun setahun Ketua Menteri haram sudah mengintai mengenai konsesi balak di Sabah walaupun hasil hutan bagi negeri Sabah hanya menyumbang 4% sahaja kini.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengkaji semula semua konsesi pembalakan di negeri itu bagi membolehkannya mengambil langkah tertentu untuk menangani pelbagai isu berkaitan kawasan konsesi berkenaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie berkata kawasan konsesi yang akan dinilai semula termasuklah kawasan pembalakan di bawah Unit Pengurusan Hutan (FMU).

“Semua konsesi termasuk FMU, kita akan kaji semula kerana banyak isu berbangkit seperti kes kematian gajah yang mungkin ada kaitan secara langsung dengan pemegang konsesi, atau penebangan kayu-kayan di kawasan tadahan air.

“Sekiranya kita dapati kawasan-kawasan konsesi ini mengikut peraturan, tiada masalah bagi kita untuk teruskan pelaksanaannya. Kalau wujud perkara tidak sihat, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang ada,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet Sabah hari ini. Turut hadir ialah 2 timbalannnya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Christina Liew.

Katanya Jabatan Perhutanan Sabah akan memberi taklimat kepadanya mengenai kawasan-kawasan konsesi berkenaan pada minggu hadapan termasuk kawasan sensitif dan yang digazetkan sebagai kawasan pembalakan namun menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya.

Katanya walaupun mungkin kawasan konsesi pembalakan berkenaan merupakan penyumbang kepada hasil negeri namun ia tidak boleh dibenarkan jika menimbulkan masalah alam sekitar kepada negeri Sabah.

Sebelum ini dibawah kerajaan BN sumber dan kepelbagaian biologi yang terbaik di Sabah dilindungi sehingga merangkumi 30% dari Sabah. Tahap piawaian IUCN adalah 10% tetapi telah pun melebihi tahap tersebut. Pembalakan Kurang Impak (RIL) telah diperkenalkan, pergantungan kepada pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 % untuk negeri setiap tahun berbanding sebelum ini sebanyak 75% hingga 80%.

Kerajaan negeri Sabah telah merizabkan sebanyak 52 peratus kawasan hutan simpan manakala Jabatan Perhutanan pula sedang giat membuat penanaman semula kawasan hutan yang menyaksikan ketika ini seluas 700,000 hektar tanah telah ditanam semula.

Ketika Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mula mentadbir negeri pada 2003 hutan Sabah hanya 10 peratus atau 850,000 hektar. Hari ini keluasan hutan Sabah telah meningkat menjadi 1.8 juta hektar. Pertambahan yang melebihi dua kali ganda!.

Apakah Shafie Apdal bakal mengekalkan rekod ini?atau menjadi keadaan sebaliknya?

1 Comment