Shafie Apdal bakal kotakan janji pindahkan Kem Lok Kawi?
11:06 Jun 01, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal bakal kotakan janji pindahkan Kem Lok Kawi?

Dalam siri jelajahnya Shafie Apdal bukan sahaja menjadikan Kem Lok Kawi bahan lawak kempennya malah menjanjikan kem itu bakal dipindah atau anggotanya diserapkan ke tempat lain.

KOTA KINABALU- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R. M Jasni semalam meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 800 warga Kem Lok Kawi.

Pegawai Staf 1 Tadbir Markas Angkatan Petugas 450 Lt Kol Mohd Sabilnizam Mansor berkata program berbuka puasa di kem itu adalah program tahunan dan ia akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

Selain berbuka, Juhar turut menunaikan solat tarawikh secara berjemaah bersama-sama warga tentera dan menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar kepada 20 kanak-kanak istimewa dan 20 saudara baharu di kem itu.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

5 Mei Pengundian Awal- Apa warga ATM tak mengundi Pakatan Harapan?

Shafie Apdal Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan sebelum ini dalam kempen dan manifestonya berkata mahu mengkaji untuk memindahkan lokasi kem Lok Kawi jika memerintah malah menghina kem itu. Baginya Penempatan Kem tentera seperti Kem Lok Kawi hanya untuk undi pilihanraya. Bagaimanapun dalam PRU ke 14 calon PH memenangi di Parlimen Putatan dan dun seperti Petagas, Tanjong Aru di menangi Parti Warisan. 


Dengarkan ucapan Shafie Apdal. Cara dia perlekeh Kem Lok Kawi

Apakah Shafie Apdal akan mengotakan janjinya memindahkan Kem Lok Kawi itu?

1 Comment