Bila tular Shafie tidak beradab dengan 'boots' banjir dan salahkan balak
21:06 Jun 04, 2018  |  By SabahKini2
Bila tular Shafie tidak beradab dengan 'boots' banjir dan salahkan balak

Shafie dan Azis memberi alasan tuan rumah tidak membenarkan mereka membuka 'boots' kuning banjir itu.

KOTA KINABALU: Sibuk dengan lawatan banjir Ketua Menteri di Sepanggar dan juga Penampang akhirnya tular Ketua Menteri menaiki rumah mangsa banjir tidak menanggalkan kasut 'boots' berwarna kuning. Netizen dalam media sosial menegur tindakan Shafie Apdal sebagai biadap. Sekalipun tuan rumah tidak meminta mebuka kasut sepatutnya Shafie sebagai pemimpin boleh berfikir sebagai tanda hormat.

Berita kedua ialah tular kenyataan Shafie Apdal berkata punca banjir di Penampang kerana pembalakan di Keningau. Gambar-gambar berita TV3 dan bernama dijadikan bahan 'troll' oleh warga media sosial. Ia memaksa TV3 memohon maaf kerana bimbang dicop masih TV BN. Dalam suasana Ketua Menteri berminat untuk menilai semula konsesi pembalakan maka bila banjir salahkan pembalakan wal hal isu banjir di Penampang, Beaufort, Sepanggar dan lain-lain adalah isu tebatan banjir, kedalaman sungai dan masalah perparitan. 

Jenuh Shafie dan Cytronya bersilat hal banjir. Belum sampai sebulan jadi Ketua Menteri Haram

3 Comments