Musa bukan tarik saman tetapi kemuka saman baru kepada Juhar dan Shafie
11:06 Jun 06, 2018  |  By SabahKini2
Musa bukan tarik saman tetapi kemuka saman baru kepada Juhar dan Shafie

Bukan sahaja Tan Sri Musa mengemukakan Originating Summons kali ini Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim turut kemuka Originating Summons. Apa akan jadi Sidang Dun Khas 11 Jun ini?

KOTA KINABALU- Beberapa mesej mengenai dokumen mahkamah kononnya Tan Sri Musa Aman menarik balik saman terhadap Tun Juhar dan Shafie Apdal telah tular dalam media sosial hari ini. 

Bagaimanapun rupanya penarikan itu hanyalah satu lagi proses memfailkan saman baru terhadap Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin dan Presiden Warisan Shafie Apdal pada 6 Jun lalu.

Writ terbaru itu difailkan Messrs FT Ahmad & Co bagi pihak Musa, saman pertama yang difailkan pada 17 Mei lalu sudah dihentikan. Perkara ini turut diumumkan dalam facebook rasmi tetuan FT Ahmad & Co

Musa mahu mahkamah mengisytiharkan yang dia masih ketua menteri Sabah dan pelantikan Shafie sebagai ketua menteri kedua pada 12 Mei oleh Juhar melanggar Perlembagaan. 

Shafie Apdal yang sebelum ini mahu menyerahkan kepada mahkamah nampaknya panik dan terpaksa menyaman semula Musa Aman serta mahu mengdakan sidang DUN undi percaya kepadanya.

Sementara itu Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim turut mengemukakan saman kepada Shafie Apdal, Speaker Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan Tan Sri Musa Aman masih Ketua Menteri Sabah yang sah. Originating Summons tidak memerlukan saksi hadir ke mahkamah.

15 Comments