Janji kembalikan Status Sabah Sarawak 100 hari rupanya Petronas guna mahkamah ambil hak minyak
21:06 Jun 06, 2018  |  By SabahKini2
Janji kembalikan Status Sabah Sarawak 100 hari rupanya Petronas guna mahkamah ambil hak minyak

Janji-janji PRU14 PH untuk memberi semula 20% daripada semua royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak. Tapi...

Belum pun 100 hari janji Kerajaan Pakatan Rakyat dalam Manifesto mengembalikan status Sabah dan Sarawak sudah dicapati. 

Pada hari Isnin, 4 Jun 2018, Petronas di bawah Kerajaan Pusat PH yang baru telah memfailkan di mahkamah tertinggi dan Mahkamah Persekutuan, untuk mengisytiharkan bahawa minyak dan gas di Sarawak adalah milik Petronas, sebuah syarikat Kerajaan Persekutuan dan bukannya kepada rakyat Sarawak dan kerajaan Sarawak yang sah.

Jika tuntutan mahkamah ini berjaya, keputusan itu juga akan diguna ke atas Sabah.

Ini adalah 'U-Turn' yang jelas mengenai janji-janji PRU14 PH untuk memberi semula 20% daripada semua royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak. PH juga kini senyap dengan janji-janji mereka yang lain untuk memulihkan hak MA63 serta memberikan 50% hasil cukai ke Sabah dan Sarawak. 

Perkara ini jelas apabila PM baru Tun Dr Mahathir berkata hari ini bahawa dia tidak berniat menghentikan saman yang dibuat Petronas walaupun dia mempunyai kuasa untuk memerintahkan Petronas untuk berhenti.

Mahathir berkata isu ini kini merupakan kes mahkamah yang aktif dan harus diselesaikan.

"Kes itu telah bawa ke mahkamah, biar mahkamah yang memutuskan," kata Mahathir.

Ini adalah 'double standard' yang jelas menampakkan niat sebenar PH dan Mahathir MENGKHIANATI sekali lagi jaminan hak rakyat Sabah dan Sarawak pada PRU14.

Kerajaan Negeri Sarawak akan melawan

Jika mereka boleh melantik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan walaupun dia mempunyai kes mahkamah yang masih berjalan untuk 2 tuduhan rasuah, jika mereka berhasrat untuk mendapatkan Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan kes mahkamah yang masih aktif terhadap Lim Guan Eng maka mengapa PH dan Mahathir tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan kes baru yang difailkan Petronas terhadap Sarawak?

Juga, mengapa Parti Warisan di Sabah senyap mengenai perkara ini? MENGKHIANATI orang-orang Sabah untuk menggembirakan Mahathir? Bukan itu tujuan rakyat Sabah mengundi Warisan supaya tunduk kepada Kerajaan Persekutuan. Mana Shafie Apdal? dia terus senyap dan gundah gulana kerana kuasanya masih dicabar di mahkamah.

Tiada lagi permainan. Tiada lagi alasan. Semua PH perlu menghormati janji mereka sendiri dalam manifesto mereka untuk memberi 20% royalti minyak, 50% daripada hasil cukai dan memulihkan semua hak MA63 dengan segera.

Adakah meminta mereka untuk menghormati janji yang di tulis mereka sendiri seperti didalam manifesto mereka sesuatu permintaan yang berlebihan?

Kenapa mesti rakyat Sabah dan Sarawak terus menerus dibohongi dan mereka memberi alasan bodoh seperti ini?

sumber: media sosial

51 Comments