Janji Peguam Negara kes 1MDB, kes Lim Guan Eng, rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony bagaimana?
00:06 Jun 08, 2018  |  By SabahKini2
Janji Peguam Negara kes 1MDB, kes Lim Guan Eng, rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony bagaimana?

Tommy Thomas akan diuji. Apakah kes Lim Guan Eng dan Shafie Apdal yang sudah diproses akan diambil tindakan? atau bakal ditutup sahaja? Tommy kata tanpa mengira status benarkah? sama-sama lihat

PEGUAM Negara yang baru, Tommy Thomas berkata tugas pertamanya ialah mendakwa “orang yang dituduh bersalah” dalam skandal 1MDB.

“Keutamaan pertama dan segera kerajaan ialah semua perkara berkaitan 1MDB,” kata Thomas pada hari pertama beliau memulakan tugasnya.

Beliau yang menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sudah mengkaji dokumen dikaitkan dengan 1MDB.

“Kami akan memulakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang dituduh bersalah,” katanya.

Tommy Thomas mengalu-alukan kritikan terhadapnya. Apa benar beliau sebagai Peguam Negara sanggup menerima kritikan?

Hal 1MDB tidak mengapa jika ada bukti maka teruskan pendakwaan namun jangan lupa pada kes-kes yang telah ditangkap SPRM sebelum ini malah kertas siasatannya telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan.

Juga termasuk kes rasuah Lim Guan Eng yang kini sedang dibicarakan. Ini sangat memalukan Menteri Kewangan ada kes rasuah. Sebagai bekas peguam Lim Guan Eng adalah amat tidak bagus untuk Tommy Thomas menggugurkan pendakwaan kes itu. Beliau perlu terus bertegas untuk meneruskan kes dan jika benar Lim Guan Eng tidak bersalah biarlah dia putuskan di mahkamah.

Fokus ketiganya sebagai Peguam Negara untuk tidak melakukan pendakwaan terpilih dan mereka yang melanggar undang-undang akan berdepan “undang-undang sepenuhnya tanpa mengira status mereka” pasti memakan diri jika Kes Lim Guan Eng digugurkan malah kes-kes SPRM sebelum ini ditutup. Apakah kerana Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah maka Tommy tidak berani bertindak?

KES BANGLO MURAH DAN KES TEROWONG MELIBATKAN LIM GUAN ENG. TIBA-TIBA LIM DAN SPRM KE CHINA UNTUK MENYIASAT PROJEK PAIP GAS?

Rakyat mahu melihat kes siasatan isu rasuah terowong, penipuan Gnanaraja, penyelewengan Shafie Apdal di KKLW, adik-beradiknya, Jamawi Jaafar,Arifin, Azis Jamman (Kini Ahli Parlimen Sepanggar. Kisah mereka menerima rasuah dari kontraktor Sinkong Contruction tidak boleh ditutup begitu sahaja.

Datuk Seri Shukri Abdul KP SPRM perlu menjelaskan apakah setelah Shafie Apdal, adik-beradik, keluarga direman SPRM dan terbukti mereka terima wang dan kini mereka menang pilihanraya maka kes mereka ditutup?

Mana mungkin kisah Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW Puan Hartaty pegawai kesayangan Shafie Apdal yang wangnya dirampas RM29 juta ditutup begitu sahaja. Beliau saksi utama kes itu.

Paling ketara dan amat memalukan buat Pejabat Peguam Negara dan juga SPRM ialah Kes rompakan Shafie Apdal dan Peter Anthony (kini Menteri Infrastruktur Sabah) terhadap wang pekebun kecil agensi RISDA. Fail kes dan bukti-bukti dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara jika tidak diambil tindakan amat memalukan.

Kes-kes rasuah Shafie Apdal dan budak-budaknya boleh dibaca di sini;

1. 14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

http://sabahkini2.com/en/news/132/14-syarikat-adik-shafie-apdal-beri-wang-rm48-juta-dikenal-pasti/view

2. Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

http://sabahkini2.com/en/news/281/tahniah-utusan-malaysia-lapor-skandal-rasuah-risda-shafie-dan-peter-anthony/view

3. RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA

http://sabahkini2.com/en/news/487/rm155-juta-dicuri-peter-peguam-negara-benarkan-pendakwaan-kes-risda/view

4. Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

http://sabahkini2.com/en/news/144/shafie-apdal-dedah-syarikat-projek-kklw-yang-adiknya-terima-rasuah-projek/view

5. RM15.5 juta lesap Peter direman 3 hari Michael peguam KDM lari ke Australia

http://sabahkini2.com/en/news/312/rm155-juta-lesap-peter-direman-3-hari-michael-peguam-kdm-lari-ke-australia/view

6. Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

http://sabahkini2.com/en/news/663/bukti-terbongkar-memang-shafie-dan-peter-anthony-rompak-wang-risda/view

Apakah Peter Anthony Menteri Infrastruktur Sabah akan didakwa oleh Peguam Negara?

Apakah Datuk Seri Shukri Abdull yang kini Ketua Pesuruhjaya SPRM baru berani meneruskankan kes-kes di atas dan menyatakan pendirian tegas mereka kepada Tommy Peguam Negara. Kerana kita tahu siapa Datuk Shukri Abdul dan kelemahannya. Jika mereka memburu Jho Low dan Nik Faisal tentu lebih lawak kerana Micheal Ubu yang hilang tidak pernah mereka temui sehingga sekarang.

Bagaimana dengan Datuk Seri Azam Baki Timbalan Pesuruhjaya SPRM? Apakah beliau sudah bertukar kulit menjadi lebih fokus kepada siasatan 1MDB berbanding kes-kes yang disebutkan di atas?

Apapun kita nantikan apakah Tommy Thomas ini seorang yang bias atau benar-benar berkecuali. Siapa makan cili dialah rasanya pedasnya!

14 Comments