November jadi pilihan Menteri Kewangan untuk tabur projek kepada kroni?
14:06 Jun 10, 2018  |  By SabahKini2
November jadi pilihan Menteri Kewangan untuk tabur projek kepada kroni?

Sumber rapat Lim Guan Eng berkata "Kami sudah berjumpa dengan Lim Guan Eng dan beliau telah berpesan untuk tidak ada sesiapa melobi projek sehingga november bagi meneruskan agenda manipulasi hutang negara selesai".

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi bayangan bahawa rakyat boleh menjangka kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan lebih banyak janjinya pada hari pembentangan bajet. 

Walaupun janji-janji Pakatan Harapan 100 hari gagal ditunaikan Menteri Kewangan itu membayangkan janji-janji Pakatan Harapan baru.

Tanpa mendedahkan butirannya, beliau berkata : "Ia adalah pada 2 November, anda perlu tunggu."

Menyatakan mengukuhkan ekonomi negara terus menjadi keutamaan, beliau berkata kerajaan akan memantau defisit fiskal negara.

"Bagi tahun ini, defisit fiskal dapat dikekalkan pada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), walaupun peningkatan RM300 juta (meningkat kepada RM40.1 bilion daripada RM39.8 juta)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Tahun ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut penyatuan fiskal daripada paras tertinggi 6.7 peratus pada 2009.

Bagaimanapun, Lim berkata semuanya terkawal berikutan kerajaan telah memulakan rasionalisasi struktur kos untuk projek bernilai RM10 bilion, yang akan menghasilkan pendapatan tambahan.

"Pada masa sama, kita memperoleh RM5.4 bilion daripada kenaikan harga petrol, selain mencatat keuntungan yang lebih baik daripada Khazanah (Nasional Bhd), Petronas dan agensi lain," katanya.

Katanya beliau turut memberi jaminan kepada pengurus dana mengenai kestabilan negara semasa mengadakan pertemuan dengan pengurus dana utama di Malaysia pada Khamis, yang dianjurkan oleh CIMB Group Holdings Bhd.

"Kami membincangkan mengenai prospek dan langkah-langkah fiskal," katanya sambil menambah kerajaan akan memastikan Malaysia mempunyai imbangan akaun semasa yang kukuh.

Dalam akaun Instagramnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah memuat naik beberapa foto dengan kapsyen "melibatkan komuniti pelaburan secara telus penting untuk menggalakkan keyakinan pasaran dan tadbir urus yang baik".

Dalam Laporan Tahunannya, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ia menjangka imbangan akaun semasa negara akan mencatat lebihan sebanyak 2-3 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2018.

Lim berkata kerajaan Pakatan Harapan berpegang kepada janjinya mengenai ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Ditanya sama ada rakyat Malaysia juga boleh menjangka kurang campur tangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), katanya wujud rancangan ke arah itu.

"Kami berharap untuk berbuat demikian. Kami cuba untuk tidak mempunyai anggota Parlimen dalam Lembaga Pengarah," katanya.

Namun, kerajaan kini mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan akan menanganinya satu demi satu, dan itu sebabnya Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu penting, "Kami tidak dapat mengendalikan semua mesyuarat."

"Oleh itu, mereka (CEP) melaksanakannya dan akan memberikan cadangan mereka kepada kerajaan," katanya.

Sebagai memulakan proses pembersihan, makluman telah diberikan bahawa semua lantikan politik perlu meletak jawatan, dengan tiada persoalan tentang itu.

"Saya tahu terdapat beberapa lantikan politik (yang menyatakan) 'saya profesional dalam melaksanakan tugas saya'.

"Ya, tetapi anda masih memegang (kedudukan tertentu) dalam parti (politik) dan aktif. Oleh itu, anda perlu pergi. Letak jawatan," katanya.

Mengapa 2 November menjadi pilihan Menteri Kewangan itu? sumber terdekat dengan Lim Guan Eng serta Azmin Ali berkata hanya selepas November barulah tugas-tugas mencari dana parti akan dilaksanakan. 

"Kami sudah berjumpa dengan Lim Guan Eng dan beliau telah berpesan untuk tidak ada sesiapa melobi projek sehingga november bagi meneruskan agenda manipulasi hutang negara selesai". katanya 

Arahan sama turut diterima dari "Geng Kartel" Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk melaksanakan semua kerja-kerja lobi projek selepas November susulan pembentangan bajet 2019 pada Oktober nanti.

Kontraktor pelobi Lim Guan Eng termasuk taikun dan syarikat Ewein yang terlibat dengan skandal projek terowong pernah direman SPRM turut menaja RM30 juta untuk siaran Piala Dunia 2018. SPRM sepatutnya menyiasat syarikat berkepentingan ini.

Comment