21 Adun Sabah Boikot Sidang Dun Khas 'Haram' Shafie Apdal
16:06 Jun 11, 2018  |  By SabahKini2
21 Adun Sabah Boikot Sidang Dun Khas 'Haram' Shafie Apdal

Sepatutnya Usul Undi tidak percaya kini bertukar usul undi percaya. Usul ini perlu dibawa oleh Ketua Menteri pertama yang angkat sumpah

KOTA KINABALU: Sebagaimana kenyataan BN dan Star memboikot Sidang Dun Khas maka seramai 21 Adun Sabah termasuk Tan Sri Musa Aman tidak menghadiri Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diadakan, hari ini.

Selain pemasyhuran speaker Dewan, persidangan khas DUN Sabah itu turut menyaksikan upacara angkat sumpah seramai 43 Adun termasuk 3 Adun dilantik.

Upacara angkat sumpah itu didahului oleh Ketua Menteri Sabah haram Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti 3 timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Persidangan khas itu turut mengemukakan usul undi percaya kepada Shafie sebagai ketua menteri yang dikemukakan oleh Liew yang juga menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar negeri.

Mengikut Perlembagaan Negeri Musa Aman yang mengangkat Sumpah Ketua Menteri pada 10 Mei sah dari segi undang-undang dan hanya boleh digugurkan oleh Sidang Dun Khas Undi Tidak Percaya yang dikendalikan oleh Musa dan bukannya Shafie Apdal. 

 

 

11 Comments