Peniaga Kecam YB Parlimen Putatan buat peraturan baru menyusahkan rakyat
06:06 Jun 12, 2018  |  By SabahKini2
Peniaga Kecam YB Parlimen Putatan buat peraturan baru menyusahkan rakyat

Baharu saja sebulan berkuasa sudah bermacam peraturan menyusahkan peniaga dan rakyat. Apa yang dapat selepas mengundi Pakatan Harapan? berniaga pun dihalang hingga ditetapkan waktu

Putatan - Hujung minggu saja kalau pagi hingga tengahari pasti ‘jem’ dekat dengan Bank Rakyat kawasan Putatan, apa tidaknya Pasar Tamu menjadi  tempat kunjungan utama masyarakat daerah Putatan untuk mencari ikan, ayam, sayur dan buah yang segar dan murah.

Namun minggu lepas berlaku kekecohan di kalangan peniaga ikan yang datang dari luar daerah Putatan bila masa berniaga diubah dari pukul 5 pagi subuh kepada jam 8 pagi atas alasan ini adalah peraturan baru sebab kerajaan baru.

“Habis ikan-ikan kami bawa yang segar-segar dari subuh tidak dibenarkan berjual lagi. Arahan dorang cakap dari YB Putatan yang baru tu.

 

“Kalau macam ini, bagus lagi kerajaan dulu tidak pernah sekat peniaga mahu berniaga. Menyesal pangkah sama ini orang kami yang akhirnya susah mahu cari makan”. Kata salah seorang peniaga ikan yang tidak mahu identitinya diketahui.

Adakah dengan menetapkan tempoh masa berniaga mampu mengurangkan masalah lalu lintas yang kerap dihadapi di daerah Putatan bila hujung minggu?

Sejauh mana kerajaan hari ini sebenarnya bela rakyat bila rakyat yang juga di kalangan peniaga mula dikurangkan masa berniaga dan banyak lagi peraturan yang ditetapkan hari demi hari.

Mampukah para peniaga bertahan dengan peraturan baru yang mampu beri kesan kepada hasil jualan mereka.

Tidak lagi boleh diundur saat memangkah pemimpin semasa pilihan raya dan kini rakyat hanya mampu mengiyakan setiap tindakan-tindakan yang beri kesan yang cukup dalam khususnya di kalangan peniaga kecil di daerah Putatan.

Ahli PKR Awang Husaini Haji Awag Sahari memenangi Parlimen Putatan (majoriti 2339) dan Uda Sulai memenangi DUN Petagas dengan undi tipis 208 undi.

 

13 Comments