Shafie pecat Setiausaha DUN Sabah kerana majlis angkat sumpah Adun?
19:06 Jun 15, 2018  |  By SabahKini2
Shafie pecat Setiausaha DUN Sabah kerana majlis angkat sumpah Adun?

Berang kerana tidak tahu Adun BN, PBS dan Star mengangkat sumpah Adun, Bernard Dalinting dikatakan dipecat oleh Shafie Apdal Ketua Menteri Haram

KOTA KINABALU: Gara-gara Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah Bernard Dalinting mengatur upacara angkat sumpah ADUN BN dan Gabungan Sabah tanpa pengetahuan Shafie Apdal pada 12 Jun sehari selepas mereka memboikot Sidang Dun Khas, Ketua Menteri haram itu dikatakan berang dan mengamuk.

Sumber mengatakan Bernard Dalinting dipecat sebagai  Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah. Dalinting enggan mengesahkan beliau dipecat malah Speaker Dun Sabah Syed Abbas Syed Ali juga menutup mulut.

Sementara itu, setiausaha agung PBS, Johnny Mositun berkata beliau bimbang tentang sebarang percubaan untuk melanggar perlembagaan negeri, sambil menambah bahawa pada prinsipnya, apa-apa cubaan eksekutif untuk campur tangan dalam hal ehwal perundangan itu adalah salah.

Pengerusi BN negeri Musa Aman berjaya membentuk kerajaan setelah majoriti 31 kerusi yang berikutan keputusan STAR untuk bergabung dengan BN.

12 Mei Shafie Apdal pula mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti apabila UPKO dan beberapa pemimpin UMNO menyertai warisan dan mengangkat sumpah sebelah malamnya. Bagaimanapun Musa Aman tidak meletak jawatan sehingga kini dan dikatakan masih sah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Musa turut menyaman Tun Juhar Mahiruddin TYT dan Shafie Apdal serta mengemukakan saman semula ‘orginating summons’ mencabar TYT dan Shafie Apdal.

Shafie resah dan telah mengarahkan Sidang Dun Khas dibuat pada 11 Jun untuk membuat ‘Undi Percaya kepada Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri’ walaunpun ia sangat bertentangan dengan Perlembagaan Negeri dan menyalahi undng-undang.

Tarikh pendengaran keputusan mahkamah ialah 9 Julai 2018.

42 Comments