NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'
11:08 Aug 16, 2018  |  By SabahKini2
NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

Selepas Dr Mahathir meluluskan 3407 India projek IC 2.0 kini Sabah juga menuntut perkara sama.Sekurang-kurangnya 800,000 orang tanpa kerakyatan di Sabah mahu diberi kerakyatan.

KOTA KINABALU: Sebuah NGO pro Parti Warisan yang mewakili penduduk Suluk Bajau di Sabah mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memberi kewarganegaraan kepada pemastautin tetap yang berusia 60 tahun ke atas, tetapi mahu langkah itu diperluaskan kepada penduduk tanpa kerakyatan yang ramai di Malaysia Timur (Sabah khususnya).

Presiden Pertubuhan Permuafakatan dan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (PSB) Datu Akjan Datu Ali Muhammad digelar 'Sultan Sulu' memberitahu bahawa terdapat beribu-ribu orang di Sabah yang masih menunggu permohonan kewarganegaraan mereka diluluskan.

"Saya berharap dalam pada kerajaan persekutuan sedang cuba memenuhi keperluan rakyat di Semenanjung, penduduk Sabah dan Sarawak tidak pula diabaikan. Di Sabah, masalah ini lebih kritikal berbanding di semenanjung," katanya.

Awal minggu ini Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas yang telah memohon kewarganegaraan penuh akan diberikan kelulusan tidak lama lagi, asalkan mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat yang dimaksudkan termasuklah dilahirkan di Malaysia, mempunyai ibu ataupun bapa yang merupakan warganegara Malaysia, telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun dari tempoh 12 tahun bermula tarikh permohonan, serta fasih berbahasa Melayu.

Setakat hingga kini 3,407 India diberi kad pengenalan biru diluluskan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Akjan berkata beliau telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengumuman itu, tetapi diberitahu oleh pegawai yang bertanggungjawab bahawa ia tidak berkaitan dengan penduduk yang tidak memiliki kerakyatan di Sabah ataupun mereka yang berstatus bukan warganegara disebabkan perkara teknikal.

Beliau mengatakan bahawa ramai yang tidak mempunyai kerakyatan atau bukan warganegara tidak berpunca daripada kesalahan mereka sendiri, sedangkan salah seorang daripada ibu bapa mereka merupakan warganegara Malaysia.

"Ada satu pasangan, suaminya warganegara tetapi isterinya tidak. Mereka berkahwin dan mempunyai anak sebelum sijil perkahwinan mereka dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah. Oleh kerana anak itu dilahirkan sebelum sijil dikeluarkan, anak itu diisytiharkan sebagai bukan warganegara.

"Mereka telah memohon kewarganegaraan untuk kanak-kanak ini, bahkan melampirkan sijil perkahwinan untuk menunjukkan anak itu dilahirkan selepas perkahwinan mereka, tetapi permohonan mereka ditolak beberapa kali.

"Setiap kali permohonan mereka ditolak, JPN memberitahu mereka untuk memohon lagi. Apa gunanya? Apa yang berlaku di sini?" katanya.

Akjan mendakwa beratus-ratus salinan sijil kelahiran yang dihantar kepadanya dari seluruh Sabah meminta bantuannya untuk menyelesaikan masalah itu, termasuk dari yang berbangsa Cina, Dusun, Murut dan juga orang Suluk dan Bajau.

Beliau menambah bahawa kerajaan baru khususnya pimpinan Dato' Seri Shafie Apdal perlu melihat perkara ini kerana orang-orang ini telah membuktikan bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.

Malah kalau boleh katanya, Kementerian Dalam Negeri harus membuat dasar baru berkaitan mereka yang menjadi bukan warganegara hanya kerana sijil perkahwinan lewat dikeluarkan.

Bulan lalu, gabungan NGO di negeri ini mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 800,000 orang tanpa kerakyatan di Sabah. Mereka mahukan agar kerajaan baru memberikan kerakyatan.

Bagaimanapun ramai membantah saranan NGO ini kerana bimbang usaha-usaha demikian adalah satu sindiket untuk pihak dalam negeri Sabah mendapat kewarganegaraan mudah atas alasan perkahwinan. KDN tidak boleh memandang mudah dengan memberi kerakyatan sewenang-wenangnya.Rakyat Sabah tulen harus menentang cadangan NGO yang merugikan rakyat Sabah ini.

NGO seperti Pertubuhan Permuafakatan dan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (PSB) Datu Akjan Datu Ali Muhammad antara NGO yang sangat meragukan kerana terdapat sumber mengatakan Datu Akjan berusaha memasukkan Pendatang Asing dari Filipina dalam gerakan memberi status kewarganegaraan apatah lagi beliau pernah mendakwa sebagai waris utama 'Sultan Sulu'.

Datu Akjan Datu Ali Muhammad Presiden Pekida Sabah pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan
Sharif ul-Hashim II,
Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II

Awal januari 2018 Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah agar maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC. UPKO juga sering mengecam Dr Mahathir dan DAP kerana projek IC. Manakalah Pemangku Presiden UPKO Madius Tangau berkata Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir kerana ia kerosakan yang kekal. Namun kini UPKO terpaksa menyokong apa saja dasar PH selepas menyertai Warisan.

 

 

68 Comments