Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal
05:08 Aug 29, 2018  |  By SabahKini2
 Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal

[VIDEO] Menteri UPKO Ewon Benedict 'KPLB' akur arahan Shafie mengumpul info 'Projek IC' di kampung dan pulau-pulau. Di Tuaran kawasan TKM pula dikejutkan oleh PATI berpusu-pusu membuat pengesahan di Pesuruhjaya Sumpah. Mengapa?

 

Selepas dilaporkan Shafie Apdal dan kerajaan Warisan membantu mendapatkan MyKad kepada warganegara yang berkahwin pendatang asing hari ini tular pula mengenai surat arahan Datuk Seri Shafie kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedick untuk mendapatkan maklumat senarai kampung serta pulau-pulau terpencil untuk maklumat Jabatan Pendaftaran Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

Surat bertarikh 9 Ogos 2018 rujukan KPLB: 100-10/149 ( ) dari Kementerian Luar Bandar Sabah (KPLB) kepada semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil itu dikatakan adalah arahan dari Shafie Apdal untuk membantu Jabatan Pendaftaran atas alasan mengatasi kelewatan pendaftaran kelahiran dan kematian di Sabah yang tinggi

Arthur Sen bekas Ketua Pemuda UPKO mendedahkan surat itu mempersoalkan kepada Ewon Benedic dan Madius Tangau apa tujuan sebenar surat itu? Nampaknya Ewon dan Madius sudah terikut-ikut dengan dasar baru kerajaan Warisan.

Komen-komen media sosial menunjukkan surat arahan Shafie Apdal kepada Ewon Menteri UPKO itu ada kaitan dengan usaha jelajah Shafie Apdal yang mahukan senarai kampung dan pulau untuk tindakan Jabatan Pendaftaran Negara.

Jabatan Pendaftaran Negara sejak sekian lama melalui Unit Khas Bergerak (UKB) memang menjalankan tugas bergerak bagi menangani masalah penduduk Sabah yang belum memiliki sijil lahir dan kad pengenalan. Jika warga Sabah yang berkahwin dengan pendatang asing dan akhirnya diberi MyKad ia bakal mengundang masalah demografi penduduk Sabah secara besar-besaran dalam tempoh 5 tahun kerajaan Warisan ini. 

Kantoi Borang projek IC 'Borang Aduan'

 ‘Borang aduan’ Warisan menjadi fenomena dan tular apabila dijadikan borang penting sebagai projek IC. Pihak Warisan sendiri terpaksa menafi dan menghalang borang aduan yang tular itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Borang Projek IC 'Kantoi' Shafie arah tidak guna borang 'Aduan Warisan' ]

Kehadiran ramai warga asing di majlis Shafie Apdal bersama rakyat di Semporna baru-baru juga sangat menyangsikan.

“Kita bimbang kehadiran warga asing majlis Ketua Menteri bersama rakyat termasuk yang berkahwin dengan warga tempatan begitu merisaukan. Kerajaan seakan-akan memberi harapan kepada warga asing. Tak mungkin hadir jika tiada agen.

“Dua masalah paling banyak ditemui dalam aduan ialah masalah mendaftar Lewat Sijil Lahir dan mendaftar Lewat Kad Pengenalan.” kata Sapri yang berasal dari Semporna.

 

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah diserbu PATI

Sementara itu di Parlimen Tuaran kawasan Madius Tangau tular beberapa gambar dan video di pejabat Pesuruhjaya Sumpah dan kedai fotostat penuh dengan warga asing yang bermasalah sijil lahir dan kad pengenalan. Sabahkini2 turut mendapatkan apakah jenis borang yang ditandatangan oleh Pesuruhjaya Sumpah itu ternyata ia seperti sebuah dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan pelbagai agensi di negeri ini termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.


 

Perakuan sumpah yang pelik untuk PTI. Bukan dokumen rasmi tetapi pesuruhjaya sumpah sahkan untuk apa?

23 Comments