Timbalan Menteri Nafi, Pegawai Khas dan Isteri terus berdiam diri?
01:09 Sep 24, 2018  |  By SabahKini2
Timbalan Menteri Nafi, Pegawai Khas dan Isteri terus berdiam diri?

Setakat ini Pegawai Khas Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud itu dan isterinya Noraini Limbot belum membuat laporan atau penafian mengenai skandal ini.


Masih berdiam diri

SUBANG: Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah menafikan dakwaan skandal seks beliau bersama Pegawai Khas Parlimennya Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh

Isnaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud telah membuat laporan polis berhubung penerbitan artikel Malaysia-today "Sex Scandal In Kota Belud Between Its MP And Her Officer"

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya.

Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat”. katanya sebagai mana dipetik dalam facebooknya.

Beliau melampirkan salinan laporan polis dalam facebooknya namun memadam nama blog berkenaan bagi mengelak pembaca terus akses ke blog itu.

“Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga”. katanya

Portal Sabahkini2 turut memetik laporan Raja Petra itu dan mendedahkan “Isteri Pegawai Khas dedah skandal seks suami dengan Timbalan Menteri 'Warisan”.

Bagaimanapun Pegawai Khas Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud itu Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh dan isterinya Noraini Limbot belum membuat laporan atau penafian mengenai skandal ini.

Sebelum itu dilaporkan isteri pegawai khas tersebut ada membuat  laporan polis dan menuduh bahawa suaminya mencekiknya dan memukulnya kerana skandal itu.

 

 

 

13 Comments