PBB, UMS dan IDS bantu kerajaan warisan Projek IC “Anak Tanpa Negara”
13:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
PBB, UMS dan IDS bantu kerajaan warisan Projek IC “Anak Tanpa Negara”

Tidak cukup program jelajah Kerajaan Warisan membawa agensi JPN dan mahkamah untuk 'Projek IC' kini PBB, UMS dan IDS turut dikerah bantu Projek IC "Anak Tanpa Negara"

KOTA KINABALU: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam proses merangka polisi menangani masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah yang dijangka akan diserahkan kepada Kerajaan negeri pada suku kedua tahun depan.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia, Marianne Clark Hattingh berkata, rekomendasi itu nanti adalah kajian pasukan negara-negara PBBB dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Pengajian Pembangunan Sabah (IDS).

Hattingh dalam pertemuannya dengan Mohd Shafie Apdal 2 oktober lalu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berkata pihaknya lega akhirnya isu ini kanak-kanak tanpa kerakyatan bakal diselesaikan.

“Kami gembira Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mencuba menyelesaikan masalah ini.

“Selama ini kita telah membincangkan perkara ini di Sabah tetapi tidak banyak perkembangan mungkin kerana pemikiran sebelumnya adalah bahawa ia hanyalah berkaitan isu keselamatan dan pendatang tanpa izin,” katanya.

Hattingh berkata, hari ini kanak-kanak yang tidak mempunyai kerakyatan atau tanpa dokumen dianggap sebagai hak asasi manusia, pembangunan dan isu ekonomi.

“Semoga kanak-kanak ini akhirnya berpeluang mendapatkan pendidikan dan hak-hak penting lain yang akan membantu dalam pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya.

Ditanya reaksi Ketua Menteri tentang perkara ini, Hattingh berkata, Shafie mendengar pandangan Unicef dan bekerjasama rapat mengenai perkara itu.


Shafie Apdal dalam siri jelajahnya bersama agensi Jabatan Pendaftaran Mahkamah dan Mahkamah bergerak secara terang-terang mahu membantu projek IC versi warganegara yang berkahwin dengan pendatang asing diberi kad pengenalan atau surat lahir bagi mengelak masalah kepada anak-anak mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa kaunter JPN dikerah untuk Projek IC?- Dr. Jeffrey ]

Dilaporkan sudah 40 ribu didaftarkan untuk masalah pendaftaran lewat sijil lahir sehingga kini. Dijangka akan lebih 40 ribu lagi bakal berjaya didaftarkan selepas Ketua Hakim Negara Richard Malanjun turut sama membantu usaha ini secara besar-besaran.

 

10 Comments