Selepas dikecam permohonan IMM13 dihentikan serta-merta
11:10 Oct 12, 2018  |  By SabahKini2
Selepas dikecam permohonan IMM13 dihentikan serta-merta

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Musa Sulaiman dalam kenyataannya hari ini berkata arahan pemberhentian penerimaan permohonan berkenaan berkuat kuasa serta-merta (12 Okt) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghentikan penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak untuk mendapatkan dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Musa Sulaiman dalam kenyataannya hari ini berkata arahan pemberhentian penerimaan permohonan berkenaan berkuat kuasa serta-merta (12 Okt) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Semalam tular beribu PTI menyerbu pejabat Jabatan Imigresen di Wisma Dang Bandang untuk memohon IMM13 yang telah dihentikan sejak 2013. 

Dokumen IMM13 dikeluarkan kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.

Jabatan Imigresen Sabah melaporkan ada 55,000 pemegang IMM13 di Sabah. Jumlah ini pasti bertambah jika bertambah lebih 100 ribu jika anak-anak pemegang IMM13 didaftarkan. 

Datuk Jeffry Kitingan sebelum ini pernah menggelar IMM13 adalah satu cara pintu warganegara songsang kedua. Mereka warga asing tetapi mempunyai dokumen seakan pas warganegara.

[ARTIKEL BERKAITAN : (VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]

 

 

28 Comments