Kes Asli Jati Engineering Kontrak UMS Shafie Apdal dipanggil SPRM
19:11 Nov 06, 2017  |  By SabahKini2
Kes Asli Jati Engineering Kontrak UMS Shafie Apdal dipanggil SPRM

Shafie Apdal didapati menurunkan tanda tangan menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan itu kepada Syarikat Asli Jati Engineering

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta.


Shafie Apdal hadir di pejabat SPRM Sabah pada pukul 10 pagi.


Sumber memberitahu, ahli politik itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung  kontrak penyelenggaraan universiti terbabit pada tahun 2012 yang pernah menjadi isu sebelum ini. 

 "Shafie Apdal dikatakan menurunkan tanda tangan menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan itu kepada Syarikat Asli Jati Engineering sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan bagi diluluskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Malah, SPRM kata sumber itu lagi, mendapati terdapat dua pegawai universiti itu bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony itu untuk 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Ia termasuk tuntutan palsu syarikat.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan mengenai perkara itu dan Shafie Apdal hanya beri keterangan pada surat sokongannya kepada syarikat Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan itu dahulu. 

 

 

Comment