SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’
08:12 Dec 08, 2018  |  By SabahKini2
SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’

Apabila SUPOL TPM dan TKM Sabah menyokong tender Syarikat Puncak Jaya bermakna ia satu arahan. Sokongan kepada syarikat sebelum ini ditentang oleh Kerajaan PH. Kini..

AKHIRNYA kerajaan Pakatan Harapan meneruskan cara lama amalan surat sokongan Menteri kepada syarikat untuk mendapatkan tender bekalan dan perkhidmatan di kementerian.

Terbaru tular surat sokongan pejabat Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui surat Setiausaha Politiknya Romli Ishak kepada Nizam Morad, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia berhubung sokongan permohonan tender membekal makanan bermasak Asrama SMA Tun Said Kota Belud kepada syarikat Puncak Jaya

Surat bertarikh 5 Disember 2018 rujukan TPM 100-14/5/4 Jld 2 (29) yang tular itu bagaimanapun dinafikan oleh Romli sebagai bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana beliau tidak mengarah atau mencadangkan syarikat itu diberi kontrak.

"Kalau kamu baca surat itu, ada saya cakap saya sokong? Ada saya minta luluskan? Tiada kan?" Soalnya.

Ramai yang mempersoalkan Romli Ishak selaku setiausaha politik timbalan perdana menteri tidak wajar mengeluarkan surat itu ketika dasar pentadbiran Pakatan Harapan menentang perkara sedemikian.

Beberapa bekas pegawai yang pernah bertugas dengan Menteri berpendapat amalan surat sokongan ini perkara biasa namun satu bentuk campur tangan halus di belakang tabir apabila Setiausaha Politik atau pegawai-pegawai menteri berkenaan berpakat dengan Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan untuk meluluskannya dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan Tender.

“Adalah perkara biasa kandungan surat pegawai Menteri saling berlindung atas urusan ‘memanjangkan’ atau ‘tidak mencampuri urusan tender berkenaan.” kata sumber itu.

Surat yang ditulis Romli turut menulis sebagai urusan tidak campur tangan di perenggan akhirnya sebagaimana amalan biasa.

"Justeru itu, tanpa berniat mencampuri urusan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia, bersama-sama ini dimajukan permohonan tersebut untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. kata surat itu.

Romli yang juga bekas ahli perniagaan (Pengarah Urusan Granulab (M) Sdn Bhd nampaknya tidak mengetahui ‘helah surat sokongan’ malah mempertahankan tindakannya.

Portal Malaysiakini melaporkan surat Romli tidak meminta kontrak diberikan kepada pembida tersebut ataupun menyatakan sokongannya dalam permohonan tender.

"Kecuali tulis di situ (surat) sila luluskan, itu salah. Atau tulis saya sokong penuh projek ini, sila ambil tindakan segera. Itu memang kamu salah guna kuasa.

"Surat itu tidak ada apa-apa nilai pun," katanya menjelaskan pembida berkenaan tidak berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan tender tersebut.

Romli berkata anggota parti meminta sokongan pemimpin adalah biasa dan beliau sering mengeluarkan surat berkenaan.

Surat sokongan syarikat Puncak Jaya itu asalnya dihantar kepada Raymond Ahuar, setiausaha politik kepada timbalan ketua menteri Sabah, Christina Liew dan dipanjangkan kepadanya selaku Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyokong syarikat Puncak Jaya

Menurut sumber KPM, ini baru satu surat sokongan tender yang didedahkan, hakikatnya ada beratus-ratus lagi berada di meja pegawai KPM untuk diambil tindakan

 

17 Comments