(VIDEO) Lelaki warga asing jadikan kanak-kanak tebusan mati ditembak
02:01 Jan 14, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Lelaki warga asing jadikan kanak-kanak tebusan mati ditembak

Apabila PTI Warga asing tidak dapat dikawal lagi maka insiden jenayah seperti dadah, rogol, kes bunuh malah tebusan kanak-kanak semakin berleluasa. Apa kesan jika PTI 'diputihkan' di Sabah sekarang?

TUARAN: Seorang lelaki ditembak mati selepas mengurung dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian di tingkat empat sebuah pangsapuri di Telipok Ria dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 5.32 petang itu, suspek lelaki berusia 30-an itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan pisau itu dikatakan melarikan mangsa lalu mengurungnya di sebuah rumah sebelum disedari penduduk lain.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di lokasi kejadian, Omar berkata terdahulu polis menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

“Di tingkat empat blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut,” katanya.

Katanya suspek yang dianggar berusia 30-an sebelum itu mengarahkan penghuni unit berkenaan keluar dari rumah.

“Selepas menerima laporan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan cuba berunding dengan suspek agar melepaskan kanak-kanak tersebut namun suspek terus meletakkan pisau di leher kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan luka.

“Suspek kemudian cuba mencampak kanak-kanak itu dan polis terpaksa mengambil tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki berkenaan,” katanya, menambah polis mengambil masa kira-kira dua jam berunding dengan suspek

Kedengaran beberapa das tembakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditembak mati.

Sejurus selepas itu, kanak-kanak terbabit dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

Keadaan kanak-kanak itu dikatakan stabil di Hospital.

 

Penculik yang ditembak merupakan seorang warga asing. Inilah kesan lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Jika Kerajaan Negeri membuat pemutihan dan mendaftarkan warga asing  di Sabah sebagai sah ia pasti akan memberi impikasi lebih buruk lagi.

ANTARA LAPORAN YANG TERSEBAR DALAM APLIKASI WHATAPPS

MAKLUMAN AWAL KES CUBAAN BUNUH DI TELIPOK TUARAN

Saspek ditembak mati

Pada 13/1/2019 jam lebih kurang 1735, bertempat di Blok 15, tkgt 4 Pintu 18, Taman Telipok Ria seorang lelaki (identiti sedang dikenalpasti) telah ditembak mati dengan kesan das tembakan, 2 dibahagian tengkuk kanan, 1 bahagian pipi dan satu dibahagian lengan kanan.

Siasatan Awal:

Pada 13/1/2018 jam lebih kurang 1300, Pihak Polis daerah Tuaran dimaklumkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah mengambil
seorang budak perempuan masuk ke tempat kejadian sambil memegang pisau ditangan.

Siasatan awal ditempat kejadian mendapati, seorang lelaki kelihatan memegang sebilah pisau dan meletakkannya di bahagian leher seorang budak perempuan, berumur lebih kurang 2 tahun lebih. Saspek dipercayai telah masuk secara tiba-tiba ke tempat kejadian.

Pihak Polis telah menjalankan rundingan dengan saspek selama lebih kurang 4 jam dan sehingga menyebabkan bertindak mengacah-acah mahu membaling mangsa dari tempat kejadian.

Bertindak atas tindakan tersebut, sepasukan team Mondou dan JSJ IPD Tuaran, 1 pegawai dan 10 anggota telah memasuki tempat kejadian dan menembak mati saspek dengan melepaskan 4 das tembakan. Mangsa seterusnya berjaya diselamatkan. Mangsa mendapat cedera dibahagian leher dan telah dihantar ke Hospital. Mangsa dalam keadaan stabil.

Siasatan ditempat kejadian masih diteruskan.

 

 

1 Comment