Shafie mengaku 30 tahun gagal dalam kabinet tapi tidak sebodoh Pandikar MA63
00:11 Nov 20, 2017  |  By SabahKini2
Shafie mengaku 30 tahun gagal dalam kabinet tapi tidak sebodoh Pandikar MA63

Mengapa Shafie Apdal 30 tahun dalam kabinet BN sehingga menjadi Naib Presiden UMNO beliau tidak dapat berbuat apa –apa tentang hak Sabah.


BEKAS menteri Shafie Apdal hari ini mengingatkan speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mengenai sejarah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatangani di antara Malaya dan Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Terdapat beberapa individu yang mengatakan Sabah adalah setara dengan mana-mana negeri lain, dakwaan itu adalah bodoh," kata presiden Warisan itu di Keningau, Sabah, hari ini.

Pandikar mendakwa pada Ahad lepas yang Sabah setara dengan mana-mana negeri lain di Malaysia, dengan menyebut Bab 2 MA63 yang bekas tanah jajahan British Borneo Utara (Sabah), Sarawak bersekutu dengan negeri-negeri Melayu.

"Kami tidak memerlukan persekutuan menghormati MA63. Tetapi kami mahu hak kami dikembalikan dan dihormati.

"Pandikar perlu memahami MA63 ditandatangani di antara wilayah Borneo dan Semenanjung Malaysia, yang diwakili bekas perdana menteri Abdul Rahman, bekas ketua menteri Sabah Fuad Stephens, bekas ketua menteri Sarawak Abang Haji Openg dan Lee Kuan Yew, jadi kami tidak boleh mengatakan kami sama seperti negeri lain seperti Perlis," katanya.

Shafie juga mempersoalkan serangan Pandikar terhadap Warisan sedangkan Perdana Menteri Najib Razak sendiri berkata kerajaan persekutuan memerlukan masa untuk mengembalikan hak istimewa negeri semasa mesyuarat agung tahunan PBS pada hujung minggu.

"Tapi lihatlah kita hari ini. Walaupun presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan berkata beliau mahukan rakyat Sabah atau Sarawak menjadi timbalan perdana menteri, perdana menteri tidak memberi sebarang respons.

"Kenapa kita tidak mempunyai seorang rakyat Sabah menjadi perdana menteri?”

Ditanya kepada Shafie Apdal mengapa 30 tahun dalam kabinet BN sehingga ke tahap menjadi Naib Presiden UMNO beliau tidak dapat berbuat apa –apa tentang hak Sabah. Shafie mengaku tidak mempunyai masa yang mencukupi dan mengaku gagal di dalam UMNO.

Bagaimanapun Shafie Apdal berjaya membawa RM 7.5 bilion projek KKLW ke negeri Sabah yang selia KKLW tanpa perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri Sabah.

 

 

19 Oktober lalu Shafie Apdal ditahan SPRM seterusnya ditahan reman 8 hari kerana siasatan kes rasuah melibatkan penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion. Turut ditahan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Dato Azis Jamman anak saudaranya,dua adiknya Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.

Shafie Apdal dan adik-adiknya dijangka bakal didakwa di mahkamah hujung bulan atau disember ini dibawah seksyen 23 Akta SPRM salah guna kuasa.

Comment