Skandal UEM-CIMA: Rasuah Cik Vindie Eu kekalkan Liannex Corporation pembekal arang batu
21:05 May 16, 2019  |  By SabahKini2
Skandal UEM-CIMA: Rasuah Cik Vindie Eu kekalkan Liannex Corporation pembekal arang batu

Sekalipun dari Pengarah Urusan CIMA Berhad dan ketua jabatannya ditukar "Little napolean" Cik Vindie Eu Timbalan Ketua Perolehan yang ‘kaki rasuah’ masih kekal di CIMA. maka rasuah tidak berakhir..

SIRI PERTAMA pendedahan portal Sabahkini2 mengenai skandal UEM-CIMA ini Mac tahun 2018 mengundang siasatan SPRM dan perubahan kepada pengurusan CIMA.

Pengurusan kumpulan UEM yang memiliki CIMA juga telah ditukar diketuai Dato’ Mohd Izani Ghani,  Pengarah Urusan baru CIMA pula ialah Shahruddin Omar, Shamsuri Mohd Rashid (Ketua Pegawai Kewangan), Mahathir Mokhtar dilantik Ketua Perolehan manakala Cik Chow Yin See yang kontroversi diturunkan pangkat mengetuai Projek Khas Pengarah Urusan CIMA. Beberapa pegawai diarah meletak jawatan.

Barisan pengurusan baru CIMA.

Aduan Skandal UEM-CIMA melibatkan kilang CIMA, Negeri Sembilan Cement Industries (NSCI), syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd (konsesi Jeti Port Dickson) dan Liannex Corporation (S) Pte Ltd syarikat pembekal arang batu boleh di baca di sini:-

[ARTIKEL BERKAITAN- Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise ]

Masalah CIMA tidak selesai kerana Cik Vindie Eu

Sumber mendedahkan Cik Vindie Eu hidup mewah kaya raya

Sekalipun ketua-ketua jabatan CIMA termasuk Pengarah Urusannya sudah ditukar masalah tidak selesai kerana punca utama dalam CIMA ialah "Little napolean" Cik Vindie Eu Timbalan Ketua Perolehan yang ‘kaki rasuah’. Semua kenal siapa Cik Vindie Eu  

Syarikat Liannex Corporation (S) Pte Ltd dimiliki Yinson Holdings Bhd atas syor Cik Vindie Eu dilantik sebagai pembekal utama arang batu kepada syarikat CIMA Berhad. Sekalipun pelbagai aduan dibuat termasuk membekal arang batu berkualiti rendah dan pernah terlibat dengan pencurian simen CIMA melalui jeti di Port Dickson.  Laporan itu tidak pernah memberi kesan kepada Cik Vindie Eu dan Liannex Corporation.

Hubungan pengasas Liannex Corporation (S) Pte Ltd  Taikun Lim Han Weng dengan Vindie Eu begitu rapat sekali. Bertahun-tahun bekalan arang batu dimonopoli oleh Liannex. Semua tender bekalan jika ditender di CIMA adalah berasaskan spesifikasi yang ditentukan oleh Vindie Eu dan Liannex. Bermakna tiada syarikat lain yang mampu bersaing dengan Liannex di CIMA. Ia telah ditentukan lebih awal memilih Liannex.

Taikun Lim Han Weng Pengerusi Eksekutif Yinson Berhad memiliki Syarikat Liannex Corporation. Mendapat kontrak membekal arang batu untuk CIMA dengan bantuan Cik Vindie Eu 

Rasuah Liannex Corporation kepada Vindie Eu dan pegawai CIMA

Jika pengurusan baru CIMA Berhad telah ditukar tetapi amalan kerja lama melalui kuasa Vindie Eu terus berleluasa apa maksudnya?

Apakah Vindie Eu telah berjaya merasuah Pengarah Urusan, CFO dan bahagian perolehan CIMA yang baru ini? Jika benar tiada rasuah sudah tentu Shahruddin Omar Pengarah Urusan CIMA menukar Vindie Eu.

Sejak dahulu pelbagai aduan dibuat terhadap Vindie Eu namun tiada tindakan diambil. Seperti ada kabel besar meletakkan kedudukan Vindie Eu di bahagian perolehan CIMA. Tidak mungkin hanya Liannex monopoli pembekalan arang batu jika tidak mendapat sesuatu.

YTL Cement Berhad, Lafarge Malaysia Bhd (Lafarge) dan Tasek Berhad antara syarikat pembekal simen pun tidak mengambil Liannex Corporation. Menurut sumber Lafarge Malaysia dikatakan menyenarai hitamkan Liannex kerana kes penipuan bekalan. Jadi bagaimana Vindie Eu memberi justifikasi tinggi kepada MD CIMA dan pengurusannya agar memilih Liannex? Jawapannya Vindie Eu menerima rasuah dari Liannex

Adakah CFO CIMA yang baru Shamsuri Mohd Rashid dan Mahathir Mokhtar (Perolehan) tunduk kepada Cik Vindie Eu membuat keputusan tanpa kelulusan lembaga pengarah? atau CFO terlibat mengarahkan Cik Vindie Eu menguruskannya? Atau adakah Cik Chow Yin See (Bekas CFO) masih berkuasa mempengaruhi Vindie Eu?

Kita nantikan apakah Cik Vindie Eu kebal daripada SPRM?

3 Comments