NGO lapor rasuah Pengarah Perhutanan Pahang, apa tindakan MB Pahang dan Menteri KATS?
16:05 May 21, 2019  |  By SabahKini2
NGO lapor rasuah Pengarah Perhutanan Pahang, apa tindakan MB Pahang dan Menteri KATS?

Selepas didedahkan rasuah Dato' Hizamri Pengarah Perhutanan Pahang, NGO Pahang pula laporkan kepada SPRM Negeri. Namun apa tindakan Dato Sri Wan Rosdy MB Pahang dan Dr Xavier Menteri KATS?

 

Dakwaan portal Malaysiachoice 18 April lalu "Rasuah balak Taikun LLT, SPRM siasat Pengarah Perhutanan Pahang” tular dalam media sosial dan menggemparkan seluruh Pahang tentang skandal rasuah sektor pembalakan di negeri itu. Ia turut dikongsi oleh facebook Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu,Jerantut.PAHANG yang banyak mengetengahkan isu-isu balak di Pahang.

Susulan laporan itu pada 22 April lalu Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  diketuai Mohd. Nor Hafirul Ikhram Abd. Hair Pahang hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang bagi melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pegawai kanan Jabatan Perhutanan negeri itu. Laporan NGO itu menyebabkan Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dipanggil SPRM bagi siasatan kes itu.                

Menurut sumber Taikun Cina balak Liew Leong Tat (LLT) berang dengan aduan ke SPRM itu. Beliau dikatakan mengugut mahu mencari pelapor SPRM itu malah mengupah samseng memburu pelapor. Aduan itu katanya menjejaskan kedudukannya sebagai pemilik kawasan balak terbesar di Pahang selain hubungannya dengan Datuk Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang.


Laporan kepada SPRM dibuat oleh NGO di Pahang. 

Apa tindakan Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Datuk Borhanudin Hj Arshad Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia?

Sejak kes rasuah Dato' Dr Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang dan Taikun LLT ini tular apa tindakan Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail? Beliau tidak pernah memberi kenyataan atau memberi tekanan kepada Dato' Hizamri untuk bercuti atau bertukar jabatan. Beliau hanya mampu berdiam dan memuji-muji segala tugas pengarah itu yang kononnya membenteras penyelewangan balak haram atau penebangan hutan. Hakikatnya pengarah itulah dalang bagi kerja-kerja demikian. Begitu juga Datuk Borhanudin Hj Arshad Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baru tak berani bertindak memandangkan beliau akan berpencen tahun ini.

Datuk Borhanudin Hj Arshad Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
yang baharu setakat ini tidak bertindak apa-apa. Mungkin tidak mahu berbalah
dengan bekas rakan sejawatnya

Apa lagi Menteri PKR YB. Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) terus menikus. Mengapa menteri berdiam diri dan tidak berani mengarahkan Ketua Setiausaha Kementeriannya membekukan jawatan Dato' Dr Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang itu walaupun selepas pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung yang baru. Apa halangan besar mereka? adalah normal pegawai yang disiasat SPRM di KIVkan. Tetapi tidak berlaku kepada Hizamri Pengarah Perhutanan Pahang.

Tetapi januari lalu ketika kecoh dan tular isu projek pasir secara rundingan terus melibatkan Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) amat pantas pula beliau menjawabnya dalam semua media menafikannya walaupun secara terang-terangan surat kelulusan pejabat Menteri terdedah kepada umum.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni? ]

Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni?

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri nafi luluskan AP eksport pasir kepada empat syarikat kroni ]

Jadi amat pelik Dr. Xavier Jayakumar mengambil tindakan menjarakkan diri dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Sepatutnya beliau mencabar satu siasatan dibuat kepada anak buahnya dalam agensi atau jabatan. Apakah Dr Xavier juga telah dirasuah oleh taukeh-taukeh taikun balak ini?

1 Comment