[VIDEO] Artis 'Warisan' Neil Sondoh ditahan belasah orang awam
05:06 Jun 17, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Artis 'Warisan' Neil Sondoh ditahan belasah orang awam

Artis Sabah pro 'Warisan' penyanyi lagu "Maafkan Aku' tular bulan ini dengan dua kes pukul. Videonya tular membelasah pihak yang menegurnya. Kini dia buat lagi. Akhirnya ditahan polis. Menurut Neil dia adalah taiko besar dan punya kabel besar!

Artis tempatan pro Warisan Neil Sondoh, 30-an penyanyi lagu ‘Maafkan Aku'  ditahan selepas membelasah seorang lelaki 20an berhampiran premis Plaza 333, Penampang, kelmarin.

 Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan artis berkenaan sedang minum di sebuah kedai di Plaza 333.

Mangsa dikatakan menegur artis itu namun Neil Sondoh tidak puas hati dengan lelaki itu sehingga menimbulkan pertelingkahan sebelum tercetus pergaduhan.

Beberapa rakan artis itu turut membelasah mangsa hingga menyebabkan mangsa parah di muka, kaki dan tangan.

Satu laporan polis dibuat.

Awal bulan ini, artis terbabit pernah tular di laman sosial selepas satu rakaman video dia menampar dan menendang seorang remaja lelaki 16 tahun di sebuah restoran di pekan Donggonggon, Penampang.

Neil Sondoh telah meminta maaf kepada remaja itu sebelum ini.

 

Kejadian itu mendapat kecaman netizen dan menganggap perbuatan artis itu memalukan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit.

“Suspek ditahan pada hari sama laporan polis dibuat mangsa.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Menurut Neil Sondoh beliau seorang Taiko dan ramai pemimpin politik atasan melindunginya. Kini beliau ditangkap dan direman agak-agak ada tak pemimpin Warisan akan mempertahankan Neil Sondoh?.

 

17 Comments