Terbukti Lim Guan Eng bersekongkol arah KP Kastam, Ketua Audit Negara tipu duit ‘refund’ GST
16:07 Jul 15, 2019  |  By SabahKini2
Terbukti Lim Guan Eng bersekongkol arah KP Kastam, Ketua Audit Negara tipu duit ‘refund’ GST

[VIDEO] Akhirnya PAC sahkan dakwaan Lim Guan Eng wang 'refund' GST bernilai RM RM19.4 bilion tidak dirompak kerajaan BN. KP Kastam dan Ketua Audit Negara juga diarah menipu 'pengesahan' wang dirompak hakikatnya masih ada.

Video MalaysiaGazette TV - TERKINI : THANK YOU Very Much!!! Guan Eng Tak Nak Jawab Soalan Media Berkenaan GST

 

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengesahkan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pentadbiran BN sebelum ini "merompak" bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion tidak benar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti tuduhan Lim Guan Eng BN rompak duit GST tidak benar- PAC ]

Kutipan GST tersebut tidak pernah hilang seperti yang didakwa.

Noraini berkata, Seksyen 54(2) Akta GST 2014 dan Surat Ikatan Amanah Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST menetapkan semua kutipan GST perlu diakaunkan terlebih dahulu dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST.

Isu yang berlaku hanyalah masalah teknikal iaitu perlanggaran prosedur pemindahan wang berjumlah RM19.4 bilion daripada hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan.

Noraini berkata, kerajaan sebelum ini didapati terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST.

“Penangguhan pemindahan dana daripada Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara.

“Ia bagi memastikan aliran tunai negara tidak berada dalam keadaan defisit pengurusan yang mana perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil.

Pemimpin pembangkang seperti Dato’ Sri Ismail Sabri, Khairy Jamaludin, Dato’ Seri Wee Ka Siong dan Dr Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO memandang serius isu pokok tuduhan Lim Guan Eng sebagai ‘merompak’.

Jelas mereka pihaknya memandang serius dakwaan Guan Eng yang telah terbukti menipu dan mengelirukan Dewan serta melanggar Peraturan Mesyuarat 36 (12) seolah-olah suatu kejahatan iaitu rompakan telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Blok Pembangkang melalui Dao’ Sri Ismail Sabri telah mengusulkan agar Guan Eng dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhannya.

Dengan pengesahan wang GST yang tidak hilang dan dirompak terbukti Lim Guan Eng juga sebenarnya adalah dalang utama kepada arahan-arahan tertentu sebelum ini kepada Ketua Pengarah Kastam dan Ketua Audit Negara untuk turut membuat kenyataan ‘menipu’ bersama sedangkan fakta daripada PAC jelas tidak dirompak.

Oleh itu jelaslah pengesahan kerajaan Pakatan Harapanlah yang mencuri duit ’refund’ GST itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST ]

KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST

Kedua-dua Pegawai utama ini ditamatkan kontrak selepas selesai melaksana arahan Lim Guan Eng

 

Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST ]

 

 Duit 'refund' GST tidak hilang dan dirompak!

 

4 Comments