Azis Jamman sahkan Pemegang IMM13, Kad Burung-burung, JKM diganti dokumen khas PTI
18:08 Aug 19, 2019  |  By SabahKini2
Azis Jamman sahkan Pemegang IMM13, Kad Burung-burung, JKM diganti dokumen khas PTI

[VIDEO] Selepas berpolitik gimik sejak tahun lalu mengenai IMM13 sekejab 'Ya' sekejab 'tidak' akhirya Azis Jamman Timbalan Menteri KDN sahkan akan memberi dokumen khas kepada PTI di negara ini menggantikan IMM13

VIDEO BAHNEWS

KOTA KINABALU: Berbeza dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman pada 2 Mei 2019 menegaskan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan pemberian dokumen kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah.

Sebaliknya beliau berkata, mana-mana Pati yang ditangkap akan ditahan, didakwa dan dihantar pulang ke negara asal.

“Kerajaan negeri diterajui Warisan tiada kuasa memberi taraf kewarganegaraan kepada Pati, malah program pendaftaran rakyat tanpa negara akan diselaras sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Pada 11 Oktober 2018 Sabah sebelum ini dikejutkan dengan video tular beribu pelarian Filipina di Sabah menyerbu pejabat Imigresen di Wisma Dang Bandang untuk mendaftarkan pas IMM13 dibuka semula pada 1 Oktober 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN- VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]

(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan

Isu IMM13 menyebabkan Shafie Apdal terkejut dan tidak pernah mengarahkan pembukaan dokumen itu. Saling menyalahkan antara satu sama lain, Timbalan Menteri, Pengarah Imigresen Sabah dan juga Ketua Pengarah Imigresen.

[ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya ]

Bagaimanapun pada Timbalan Menteri itu berubah lagi pada 16 November 2018 apabila mencadangkan dokumen khas kepada pemegang IMM13 atas alasan Kerajaan Filipina tidak menerima mereka sebagai warganegara.

[ARTIKEL BERKAITAN- “Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

Kenyataan ini sekali lagi mengundang kritikan netizen tentang niat kerajaan Warisan memberi dokumen khas selain IMM13.

Terbaru hari ini 19 Ogos 2019 (Video d atas) Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN itu sekali mencetuskan keresahan rakyat Sabah apabila mengumumkan cadangan Kementerian Dalam Negeri mewujudkan satu dokumen khas, bagi menggantikan Kad Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13), burung-burung dan kad Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Semua ini dilakukan katanya atas tujuan penyelarasan serta mengelakkan kekeliruan, dan bukannya memberi kewarganegaraan kepada warga asing.

Netizen sekali lagi mempersoalkan langkah Kementerian Dalam Negeri ini. Jika ratusan ribu atau jutaan warga asing didaftarkan apa jadi jika mereka tidak mahu kembali ke negara asal? Langkah ini perlu diperhalusi secara mendalam.

Sekalipun Azis Jamman menjelaskan terdapat pihak tertentu yang cuba memutar belit fakta, kononnya kerajaan negeri Sabah, mengeluarkan dokumen kerakyatan kepada warga asing di negeri ini  kebimbangan rakyat terhadap dokumen khas warga asing tetap tinggi.

 

3 Comments