Selepas dijual kepada Jepun, untung bersih IHH Healthcare meningkat
15:09 Sep 02, 2019  |  By SabahKini2
Selepas dijual kepada Jepun, untung bersih IHH Healthcare meningkat

Tahun lalu Khazanah Nasional Bhd melupuskan 16 peratus kepentingan atau 1.40 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui & Co Ltd Jepun. Kini IHH untung.

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 meningkat 12 peratus tahun ke tahun kepada RM184.99 juta daripada RM165.10 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil meningkat 37 peratus kepada RM3.64 bilion daripada RM2.66 bilion sebelumnya, dipacu pertumbuhan organik yang mampan pada operasi sedia ada dan sumbangan daripada Hospital Gleneagles Hong Kong dan Hospital Acibadem Altunizade.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata ia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh pada akhir Jun 2019, dengan tunai bersih sebanyak RM1.0 bilion dijana daripada aktiviti pengoperasian dan baki tunai keseluruhan sebanyak RM5.0 billion.

Berhubung unjurannya, IHH Healthcare berkata ia terdedah kepada risiko geopolitik dan turun naik mata wang, khususnya di Turki, berikutan negara itu sedang mengalami ketidaktentuan politik yang akan memberi kesan terhadap aktiviti ekonominya dan sekaligus menyebabkan penyusutan mata wang.

Ia juga menjangkakan risiko kawal selia yang timbul daripada kawalan harga yang akan dilaksanakan di Malaysia, Singapura dan India yang mungkin berpotensi memberi kesan terhadap keuntungan syarikat.

Bagaimanapun, kumpulan terus yakin dengan permintaan mampan bagi penjagaan kesihatan swasta berkualiti di negara ia beroperasi dan pertumbuhan pasaran.

“Kumpulan akan menyelaraskan strategi portfolio pelbagai negara untuk mempelbagaikan asas pendapatan dalam pasaran penjanaan aliran tunai seperti Singapura dan Malaysia, momentum pertumbuhan jangka sederhana dari Turki dan peluang pertumbuhan jangka panjang dari India dan China,” katanya.

November tahun lalu Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) melupuskan 16 peratus kepentingan atau 1.40 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui & Co Ltd dari Jepun membabit pertimbangan tunai RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.

Oleh kerana prestasi IHH Berhad amat baik dan terus berkembang sejak ianya dibina Zaman Najib lagi, para penganalis saham sekarang meramal harga saham IHH Berhad akan naik lagi ke RM7.00 pada tahun ini.

http://www.bursamarketplace.com/mkt/tools/research/ch=research&pg=research&ac=738387&bb=752011?fbclid=IwAR1_8D3VLphKZJqUNxM79El5Yl_0okYjyzb0kM7Z2CS719K3tJwN4ECdjaI

Bila harga saham sampai ke RM7.00 seperti diramal, ini bermakna keputusan PH menjual IHH Berhad dengan harga RM6.00 akan menyebabkan kerugian RM1.4 bilion untuk negara untuk tahun ini sahaja.

 

 

Comment