Bekas kekasih UIAM dalang sebar video lucah ‘Awek Kastam KLIA’ ditahan
15:09 Sep 13, 2019  |  By SabahKini2
Bekas kekasih UIAM dalang sebar video lucah ‘Awek Kastam KLIA’ ditahan

Perpisahan Kekasih UIAM 'Awek Kastam' pada tahun 2018 akhirnya mengundang bencana apabila bekas kekasihnya menyebarkan video lucah itu dalam aplikasi whatapps dan laman media sosial. Kini kekasih UIAM itu ditahan polis

POLIS menahan Mohamad Idris bin Mohd Nordin bekas kekasih UIAM ‘Awek Kastam’ yang menyebarkan video lucah Nur Arina Razif anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), semalam.

Suspek ditahan di rumahnya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, 6.30 petang semalam.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah mengesahkan tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat Arina Razif selepas mendapati video kelakuan lucahnya tersebar di Instagram, selain laporan akhbar.

“Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, polis turut merampas dua telefon pintar daripada suspek susulan penahanannya.

Pada 6 September lalu, media melaporkan sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi seorang wanita berpakaian seragam agensi penguatkuasaan di negara ini melakukan aksi lucah mula tersebar di media sosial.

Video termasuk gambar Arina mula disebarkan melalui aplikasi sembang Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka bajunya satu persatu dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.

Antara rakaman itu membabitkan perbuatan wanita berkenaan membuka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya.

Susulan itu, JKDM dalam kenyataannya memaklumkan menerima maklumat mengenai video kelakuan lucah membabitkan kakitangannya dan sedang melakukan siasatan dalaman.

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Awek Kastam-Arina Razif’ KP Kastam kata akan siasat ]

‘Awek Kastam-Arina Razif’ KP Kastam kata akan siasat

Bagaimanapun, JKDM berkata, video itu dipercayai video lama yang dirakam tahun lalu, namun disebarkan semula oleh pihak tertentu tanpa diketahui tujuannya.

Laporan penuh Kes Viral Video Lucah Melibatkan Pegawai Kastam KLIA

KLIA 2 rpt : 9260/19

Tarikh/ Masa : 12/9/19 @ 1101hrs

Sek : Sek 292 KK / Sek 509 KK / sek 233 AKMM

 

A) Pengadu:

Nama : Nur Arina Binti Mohd Razif

KP: 98XXXX-06-XXXX

Umur : 20 Tahun

Keja : Pegawai Kastam

Alamat: XXXXXXXX Rompin Pahang

B) Fakta Kes:

Pada 3/9/19 jam lebih kurang 1655hrs semasa pengadu berada ditempat kerja di Pejabat Kastam KLIA 2, telah terima pesanan ringkas melalui whatsapp daripada  kakaknya mengenai satu video kelakuan lucah oleh pengadu telah disebarkan dalam instagram. Selain itu,rakan-rakan pengadu juga ada memaklumkan tentang penyebaran videonya di akhbar harian metro, surat khabar Cina dan FB dimana gambar mukanya telah dikaburkan. Pengadu mengsyaki bekas teman lelakinya yang telah menyebarkan video tersebut.

 C) Siasatan Awal:

i. Pengadu mengenali bekas teman lelakinya(saspek) sejak menuntut di Universiti UIA pada tahun 2016/2017 dan menjalinkan hubungan cinta  lebih kurang 2 tahun. Pada tahun 2017 pengadu telah mula bekerja di Jabatan Kastam Malaysia , Bahagian Kargo KLIA.

ii. Pengadu dan saspek telah banyak kali melakukan hubungan seks dan setiap kali bersama saspek akan membuat rakaman video aksi mereka berdua.

iii. Pengadu sering kali akan membuat rakaman video lucahnya dan akan hantar kepada saspek atas permintaan saspek.

iv. Pada bulan Jun tahun 2018 pengadu  dan saspek berpisah kerana tidak sehaluan dan pengadu  telah terima mesej daripada saspek menyatakan akan menyebarkan video aksi lucahnya  sekiranya pengadu tidak kembali kepada saspek.

v. Pada11/09/2019, pihak Intergriti Jabatan Kastam KLiA telah memanggil pengadu untuk siasatan dalaman.

D) Tangkapan:

Pada 12/9/2019 lk 1830 hrs sepasukan peg/anggota BSJ IPD KLIA telah membuat tangkapan keatas saspek. Telok Panglima Garang Rpt:4131/19 berkaitan.

Butir-butir Tangkapan:

Nama: Mohamad Idris bin Mohd Nordin L/22 tahun.

KP: 970820-10-6351

Beralamat di Kg Kebun Baru, Telok Panglima Garang Selangor.

Rampasan:

i. telefonbimbit jenama Xiomi

ii. telefonbimbit jenama iPhone 4

iii. Memory card jenama San Disk.

Kes dalam siasatan.

 

 

11 Comments