[VIDEO] Yusoff Rawther tuduh Anwar Ibrahim salahlaku seksual, perbuatan keji, tidak bermoral
00:12 Dec 05, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Yusoff Rawther tuduh Anwar Ibrahim salahlaku seksual, perbuatan keji, tidak bermoral

Ketika perang politik antara Anwar dan Azmin berada dikemuncaknya kini muncul pula SD pengakuan Yusuff bekas penyelidik Anwar mengenai salahlaku seksual dan perbuatan tidak bermoral Anwar. Benarkah?

 

Perang politik dalam PKR berada dikemuncaknya apabila kini Presiden PKR Anwar Ibrahim pula dituduh melakukan 'salah laku seksual' oleh bekas kakitangannya hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas penyelidik Anwar, Muhammad Yusuff Rawther dalam akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 November yang kini tular dalam laman sosial.

Akuan bersumpah yang didakwa itu dikeluarkan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Melaka dan ketika pertemuan Anwar dan Azmin di Parlimen.


SD Anwar oleh Yusuff Rawther keluar pada hari pertemuan Anwar dan Azmin yang dikatakan telah
disusun oleh CheGu Bard

Yusuff juga mendedahkan akuan bersumpahnya bahawa aduan laporan polisnya terhadap Farhash Setiausaha Politik Anwar sebelum ini menuduh Farhash menyerangnya pada 16 Mei di pejabat Anwar di Petaling Jaya, telah diabaikan.

Menurut akuan bersumpah yang dikatakan itu, yang turut disiarkan di laman Facebook, Yusuff mendakwa menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan perbuatan lucah dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Yusuff mendakwa kejadian tersebut berlaku pada hari kelima kempen PRK Port Dickson. Anwar ketika itu calon PH dan kemudiannya memenangi pilihan raya kecil parlimen itu.

Dalam video itu, Yusuff berkata dia telah memberitahu kepada Badrul Hisham (Chegu Bard) yang mencadangkan bahawa dia merekodkan pengalamannya di dalam dokumen akuan sumpah.

Yusuff Rawther

Yusuff juga menggambarkan Anwar sebagai "kenalan keluarganya" dalam video itu.

"Kononnya beliau kawan rapat keluarga, dihormati oleh datuk (saya, bagaimanapun) kejadian yang berlaku antara saya dan beliau bertentangan dengan apa pun yang diperjuangkannya.

"Ia sesuatu yang memalukan. Untuk seorang yang mengetahui kebenaran, ia tidak mudah," kata Yusuff.

Farhash Salvador menuduh Yusuff dimanipulasi oleh Badrul Hisham.

Sementara itu dalam facebook CheGu Bard menafikan sebarang penglibatan dalam "skandal" itu.

 

 

7 Comments