Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah
06:12 Dec 15, 2019  |  By SabahKini2
Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah

Apa istimewanya taukeh Hardware Nasya Maju Jalan Tuaran yang dilantik jadi CEO Jesselton Birost (Sabah) Sdn Bhd dan Petroventure Energy diberi projek berbilion ringgit? Apakah tugasnya mengutip 'komisen' projek?. Projek diumum berbilion tetapi ..

Selepas ditipu oleh Datuk dan Syarikat penipu kerajaan Warisan serta Menteri UPKO yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah tidak pernah serik dengan pelaburan syarikat yang mencurigakan.

Sebelum ini pada Mac 2019 kerajaan Warisan telah ditipu oleh Syarikat Burel Industries sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah. Sehingga hari ini Kerajaan Warisan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelaburan Burel Industries yang menipu.

[ARTIKEL BERKAITAN- POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah? ]

Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek  RM13 bilion POIC Sabah?

Tidak serik ditipu seorang lagi CEO penipu iaitu Mohd Sham Mohd Yasin hanya pemilik Syarikat Nasya Maju Hardware di jalan Tuaran kini berlagak menjadi Presiden dan Pengarah Urusan Petroventure Energy menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion).


Lagi taukeh hardware Mohd Sham kini jadi Presiden dan Pengarah Urusan Petroventure Energy

Ia dilaporkan media 13 Disember lalu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Industri negeri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Apa kaki syarikat Hardware tepi jalan Tuaran melabur RM9.5 bilion melainkan hanya menjadi broker dan ‘kaki pau’ kepada syarikat-syarikat luar. Pelaburannya pun tidak ke mana. Umum dalam media tetapi hasilnya tiada.

Ini bukan kali pertama individu bernama Mohd Sham Mohd Yasin orang kuat Shafie Apdal ini kononnya membuat pelaburan berbilion ringgit.

Pada 23 April 2019 Mohd Sham lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Jesselton Birost (Sabah) Sdn Bhd sebuah syarikat baru ditubuhkan 2018 bersama dengan syarikat China Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd menandatangani perjanjian pelaburan RM16.5 bilion kononnya melabur membina serta mengendalikan terminal penapisan serta minyak bersepadu di Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (Sogip) Sipitang. Perjanjian itu nampaknya hanya berjaya ‘pau’ syarikat Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd. Bagaimanapun apa motif Shafie Apdal dan Madius Tangau membawa Mohd Sham taukeh 'hadrware' dan syarikat baru  Jesselton Birost  untuk perjanjian RM16.5b?


Dibawah ke China: Mohd Sham taukeh 'hadware' Nasya Maju dan
Pengarah Urusan China Gao Xiaozhan  Cheng Shing Choi

menandatangani MOA diperhatikan Shafie dan Madius

Memorandum perjanjian ketika itu disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan beberapa ketua pegawai eksekutif dan pengarah pelbagai kementerian di Sabah.

Cuba tanya rakyat Sipitang Sabah apa jadi projek RM16.5b ini sekarang? Yang syarikat ini mahu hanya sub-pajakan tanah rakyat yang dicadangkan. Pemain projek di Sabah tahu syarikat ini sekarang dengan surat kerajaan sedang ‘pau’ syarikat-syarikat tempatan untuk melabur projek ini. Broker yang bawa kepada Jesselton Birost (Sabah) Sdn Bhd diberi komisen tetapi projek sehingga sekarang tidak berjalan.

Kali Mohd Sham Mohd Yasin bersama Petroventure Energy syarikat untuk melabur RM9.5 bilion yang tidak diketahui sejauh mana pelaksanaannya. Projek RM16.5 bilion pun den entah kemana. Apa hubungan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dengan ‘kaki pau’ ini? Berapa agaknya komisen Datuk Seri Wilfred Madius Tangau diuruskan oleh Mohd Sham ini?

 Lepas ni Mohd Sham Mohd Yasin bakal jadi CEO, Presiden syarikat mana pula? untuk umum projek berbilion ringgit tapi 'habuk pun tak dak'!

5 Comments