Sijil Akademik Palsu: Pemimpin PH Ahli MPN PKR Sabah pula tipu Phd UUM
13:12 Dec 19, 2019  |  By SabahKini2
Sijil Akademik Palsu: Pemimpin PH Ahli MPN PKR Sabah pula tipu Phd UUM

Lagi pemimpin PH Ketua Cabang PKR Kalabakan yang juga ahli MPN PKR Sabah menipu sijil akademik. Ketua Cabang yang menetap di Putrajaya ini menipu Phd UUM. Namun selepas disemak beliau tidak memilik Phd UUM itu. Memalukan!

Nampaknya pemimpin Pakatan Harapan (PH) sangat sinonim  dikaitkan dengan isu sijil akademik palsu.

Bermula dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Timbalan Ketua Menteri Sabah Warisan miliki Ijazah palsu IIU]

Kini Timbalan Ketua Menteri Sabah Warisan miliki Ijazah palsu IIU

Turut terpalit dengan pemalsuan sijil akademik ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bukan akaun bertauliah dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bukan daripada Universiti Singapura (NUS).

Kerana sijil akademik palsu Datuk Osman Sapian MB Johor terpaksa meletak jawatan manakala MP Perak Datuk Faizal Azumu mengaku gagal menghabiskan pengajian di  Cowan University Edith, Perth, Australia dan beliau meminta maaf atas kesilapan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saya mengaku belajar di luar negara tetapi gagal bawa pulang ijazah- MB Perak ]

Phd Palsu Ketua Cabang PKR Kalabakan Sabah

Terbaru Ketua Cabang PKR Kalabakan Sabah Amir Pawennari yang kini tiba-tiba bergelar dengan Dr Amir Pawennari.

 

Dilaporkan beliau dikatakan mendapat Phd daripada Universiti Utara Malaysia (UUM)

Semakan di portal penerima ijazah kedoktoran (Phd) Pendidikan tinggi Malaysia tiada ada penama Dr Amir Pawennari. Malah semakan dibuku Majlis Konvokesyen UUM 2018 tidak ada penerima Phd bernama Dr Amir Pawennari.


Rujukan: Buku Konvokesyen UUM 2018

Jadi bagaimana beliau kini secara terbuka menggunakan gelaran Dr Amir Pawennari itu. Apakah beliau mahu menunjukkan kepada warga Kalabakan bahawa beliau seorang Ketua Cabang yang punya Phd sebagai calon pilihanraya di Kalabakan nanti.

Amir Pawennari yang menetap di Putrajaya bertanding menggunakan politik wang di Kalabakan dan menang sebagai Ketua Cabang PKR Kalabakan. Jarang kembali ke Kalabakan namun menang ketua cabang.

 “Kami orang Kalabakan pun hairan bagaimana Amir Pawennari sudah ada Phd. Tak dengar pula dia belajar di universiti sebelum ini? . Kata Ahmad Nali orang Kalabakan.

Semakan dalam facebook Amir Pawennari mencatatkan Pendidikan beliau di Cardiff University, UIAM dan Universiti Utara Malaysia. Tidak dapat dipastikan status universiti lain namun untuk Phd UUM, Amir Pawennari jelas menipu. Jika beliau masih belajar di UUM sekalipun beliau tetap tidak layak menggunakan gelaran Dr Phd itu.

Amir Pawennari setakat ini belum pernah mengesahkan lagi sijil akademik palsu ini. Apakah beliau akan memadam nama status Dr Amin Pawennari? 

 

 

 

8 Comments