Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah
03:12 Dec 26, 2019  |  By SabahKini2
Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

Dalam rekod hanya 96 ribu kad IMM13 sejak 2013. Hanya 51 ribu aktif. Kerajaan Filipina juga benarkan IMM13 kembali. Persoalannya mengapa diberi PSS? Tangau dan UPKO setuju IMM13 yang sudah berkeluarga menetap di Sabah diberi PSS ini!

Seperti dijangka selepas Meja Bulat UPKO Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memaklumkan Kertas Kabinet berhubung pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah dijangka dibentangkan ke Kabinet negeri awal tahun depan.

Keputusan telah dibuat dilaksana Januari 2020, siri jelajah Timbalan Menteri dan pemimpin Warisan sudah dibuat malah menjelang PRK Kimanis namun pelaksanaannya ditangguh ke bulan Jun bimbang impak kesan buruk referendum rakyat menolak calon Warisan dalam PRK Kimanis nanti.

Tangau memaklumkan pelaksanaan PSS bermula pada 1 Jun tahun depan.

Madius dan UPKO telah diketahui lebih awal hanya bersifat menolong Kerajaan Warisan menangani penolakan rakyat terhadap PSS menganjurkan meja bulat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini apabila cuba menjemput pemimpin pembangkang hadir dalam program mengaburi mata rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menjelang PRK Kimanis UPKO buat Sidang Meja Bulat ‘akur’ arahan Kerajaan Warisan luluskan PSS demi warga asing ]

Menjelang PRK Kimanis UPKO buat Sidang Meja Bulat ‘akur’ arahan Kerajaan Warisan luluskan PSS demi warga asing

Tangau bertegas langkah pemberian PSS itu adalah untuk menyelesaikan masalah PATI di negeri ini. Rakyat perlu menerimanya.

“Ia perlu dilihat dalam dua sudut iaitu memang ada PATI di Sabah dan itu adalah jelas. Jika mereka adalah PATI, mereka yang ditangkap akan dihantar ke negara asal tanpa kompromi. Tetapi ada pendatang asing yang berada di Sabah dengan ‘izin’ iaitu pelarian perang Filipina yang berada di sini sejak tahun 70-an.

Madius berkata setelah sekian lama  pelarian perang itu telah berkeluarga selain menetap di Sabah dan pemberian PSS membolehkan mereka mempunyai dokumen.

Pada 6 Sept lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun 2020 untuk menggantikan tiga jenis dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

Untuk rekod kerajaan lalu hanya mengeluarkan 96 ribu kad IMM13 selepas itu memberhentikan pengeluarannya pada tahun 2013

Begitu banyak persoalan mengelirukan misalnya dari mana Kerajaan Warisan memperolehi jumlah 136 ribu pemegang IMM13 sedangkan hanya sekitar 51 ribu  sahaja pemegang yang masih aktif sama ada yang lain sudah kembali ke Filipina atau sudah meninggal dunia.

Kad banci dan kad burung-burung tidak berstatus imigresen dan sepatutnya mereka sudah tidak boleh menetap di negara ini. PTI ini tidak sepatutnya dimasukkan dalam senarai dokumen PSS. Jika jumlah 136 ribu bakal diberi PSS dicampur dengan keluarga sudah tentu jumlahnya meningkat sehingga 600 ribu.

Komen-komen pengguna laman sosial mempersoalkan langkah kerajaan Warisan ini yang mesra PTI.

Philip berkata “Bagaimana seseorang pelarian Filipina dalam PSS boleh diberikan masa 3 tahun dengan hanya membayar RM120 sedangkan jaminan Permit Lanjutan Sosial (PLS) kepada isteri, suami, anak dan mentua warga asing pun dalam 6 bulan ke 2 tahun”.

Isu keturunan pemegang dokumen IMM13 dan PSS juga tidak dinyatakan dengan jelas. Undang-undang sedia ada kewarganegaraan memberi peluang anak pemegang IMM13 yang berkahwin dengan pemegang MyPR layak secara automatik sebagai warganegara.

Ini bermakna pemegang PSS jika berkahwin dengan warganegara melalui perkahwinan yang sah anak-anak mereka layak mendapat kewarganegaraan Malaysia. Ini yang menjadi kebimbangan rakyat.

IMM13: Kedutaan Filipina bidas Azis Jamman

Sekitar bulan November 2018, Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN melaporkan Filipina tidak menerima kad IMM13 kembali ke Filipina.

Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13

Bagaimanapun kedutaan Filipina menafikan kenyataan Azis Jamman itu. Filipina jelasnya menerima kad IMM13 sebagai dokumen sokongan bagi permohonan mendaftarkan kelahiran, pasport dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13 ]

Sepatutnya jika kerajaan Filipina bersedia ini bermakna 96 ribu pemegang yang kini aktif sekitar 51 ribu itu wajar dipertimbang dihantar kembali ke Filipina. Apa perlunya memberi mereka PSS untuk kekal setiap 3 tahun lagi…

Madius Tangau sendiri tahu kesan keturunan PSS ini kepada rakyat Sabah namun mengapa beliau akur kepada saranan Kerajaan Warisan ini? Apakah Madius Tangau mahu menjadikan rakyat Sabah khususnya KDM sebagai bangsa terpinggir oleh PTI suatu ketika nanti?

 

 Lain-lain Sabahkini2

 

35 Comments