Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony saman Sabahkini2 berpengkalan di Rusia
12:02 Feb 18, 2020  |  By SabahKini2
Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony saman Sabahkini2 berpengkalan di Rusia

Benarkah skandal JKR RM1.5B tanpa tender fitnah? Datuk Peter Anthony dilaporkan mahu saman Sabahkini2.com. Apakah pendedahan seterusnya?

KOTA KINABALU: Hari ini media di Sabah dan beberapa portal melaporkan mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk peter Anthony yang akan mengambil tindakan undang-undang saman terhadap portal sabahkini2.com yang kononnya memfitnahnya  melantik lima kontraktor kroni untuk mendapatkan projek bernilai RM1.5 bilion tanpa tender.

Beliau berkata, tidak akan teragak-agak untuk menyaman pemilik portal berkenaan. 

Jumaat lalu, Sabahkini2 telah melaporkan skandal rasuah dan salah guna kuasa Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat kroni tanpa tender. (Rundingan Terus)

ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender ]

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

“Kita akan buat laporan polis dan saman mereka  kerana ini adalah tidak betul oleh kerana kontrak ini tidak baharu, kontrak ini adalah kontrak yang diberikan terdahulu kepada Syarikat Kekal Mewah selama 30 tahun oleh kerajaan sebelum ini.

“Secara peribadi saya sudah mengarahkan peguam saya untuk menghantar saman kepada portal pembangkang sabahkini2.com yang berpengkalan di Rusia,” kata Peter

Datuk Peter juga hanya mampu memberi alasan kontrak penyelenggaran Syarikat Kekal Mewah namun gagal menjawab 4 syarikat baru yang dilantik 5 Februari lalu. Sepatutnya sebagai Kerajaan berkuasa beliau menamatkan sahaja Kekal Mewah jika bermasalah tetapi menyambungnya dengan kontrak RM33.1 juta selama setahun. Mengapa?


Apa yang dipersoalkan ialah apa kriteria pelantikan 4 syarikat baru yang dilantik? Mengapa tidak dilakukan secara tender untuk kelihat kemampuan syarikat. Semakan Sabahkini2 ada syarikat dilantik bukan berasal dari Sabah malah syarikat rugi tetapi mendapat kontrak RM400 juta untuk 5 tahun. Apakah itu kriteria JKR dan Kementerian Kewangan Sabah?

Sabahkini2 akan mendedahkan 4 kontrak ini dalam tempoh terdekat. Kita berharap rakyat Sabah berhak tahu semua kontrak ini dan siapa di belakangnya. Kebenaran mesti didedahkan. Rakyat akan menilai sama ada Peter Anthony fitnah atau Sabahkini2 yang memfitnah. 

Terima kasih atas respon Datuk Peter Anthony.  Jabatan Kerja Raya Sabah sepatutnya membuat kenyataan rasmi menjawab isu itu.

Apapun  “Jangan dijolok sarang tebuan”. Nanti keluar semuanya.

6 Comments